Islamic Clock

Tuesday, December 21, 2010

Nahas Terburuk 20 Disember 2010



Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dlm sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yg mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam [Isnin, 20 Disember 2010].
Dalam nahas kira2 jam 11.40 pagi, bas yg membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sblum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.
Nahas itu menyebabkan kedua2 tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dgn lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yg cedera tersepit dlm kenderaan berkenaan. 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ktka menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yg terkorban ialah pemandu bas berkenaan yg bekerja sbg pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yg maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita. Kesemua pelancong terbabit dlm perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yg dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sblum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dlm longkang sedalam kira2 dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bhgn tempat duduk menyebabkan kebanyakan mrka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pasukan penyelamat terdiri drpd 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira2 jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira2 10 minit kmdn. Hasil Tinjauan di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua2 laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

* 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai
* 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan
* 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
* 12.05 tengah hari – Laluan kedua2 arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
* 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
* 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan
* 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba
* 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan
* 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
* 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula
* 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai
P/s:- Salam Takziah kpda smua....Al-Fatihan........

No comments:

Post a Comment