Islamic Clock

Sunday, April 17, 2011

Ibu Bapa Wajib Penuhi Hak Anak

Ini adalah info yg mama baca dlm paper pg tadi, just nak share ngan kawan2 n utk peringatan buat diri mama juga...Ibu bapa wajib penuhi hak anak2 untuk bentuk zuriat soleh n solehah...

Kebiasaannya kita mendengar anak hendaklah menunaikan hak ibu bapa. Persoalannya adakah anak mempunyai hak untuk ibu bapa tunaikan?

Alhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’du. Anak adalah rezeki drpd Allah yg sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dlm surah as-Syura ayat 49 n 50, Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit n bumi. Dia menciptakan apa yg Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kpda siapa yg Dia kehendaki n memberikan anak lelaki kpda siapa yg Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki n perempuan (kpda siapa yg Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kpda siapa yg Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yg Maha Mengetahui lg Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dgn demikian, terjalin hubungan harmoni dlm keluarga, lahirlah anak yg taat kpda dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yg dapat membangunkan agama, bangsa n negara.
Islam adalah agama yg sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yg perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yg baik buat anak yg bakal dilahirkan hasil drpd perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yg ingin berkahwin agar memilih wanita yg solehah.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi krna empat perkara: krna hartanya, krna kedudukannya, krna kecantikannya n krna agamanya. Pilihlah wanita yg beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sblm melakukan hubungan badan agar terhindar drpd gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kpda kita spti dlm satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dgn nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan drpd kami n jauhkanlah syaitan drpd apa yg Engkau rezekikan kpda kami.

Jika Allah takdirkan (dgn hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” - Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yg berada dlm kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yg dikandungnya, mahupun sifat2 yg akan diturunkan drpd ibu kpda anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yg dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yg akan berpengaruh kpda bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dgn senang hati bayi yg dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yg tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yg perlu dijauhi. Orang Quraisy pd zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mrka membunuhnya. Begitu jg kadang2 Allah SWT menguji ibu n ayah dgn anak yg kurang sempurna spti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dgn berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kpda penceraian @ pembunuhan pd anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yg baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yg baik n bagus didengar. Nama itulah yg akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, jgnlah tersalah memberi nama. Jgnlah diberi nama yg ada unsur menyamai dgn agama ln @ ahli maksiat n orang yg terkenal kejahatannya. Berilah nama yg dianjurkan spti nama yg menunjukkan perhambaan kpda Allah, nama Nabi n orang yg salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman n tenteram drpd hal yg menakutkan n perkara yg boleh merosakkan akidahnya. Jgn suka menakutkan dgn mengatakan kepadanya ada hantu krna ia boleh merosakkan mental n agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yg cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dgn menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment