Islamic Clock

Sunday, April 17, 2011

Merancang Keluarga

RASANYA semua lelaki bergelar suami akan mengaku mrka memberi sokongan kpda isteri dlm pelbagai hal, termasuk urusan kerja n rumah tangga. Namun sokongan ini masih tidak lengkap jika tiada persefahaman n kesepakatan dlm hal membabitkan perancangan keluarga. Islam tidak menghalang penggunaan kaedah perancangan keluarga bg memastikan setiap kehamilan n kelahiran adalah dikehendaki, disayangi n dialu2kan. Malah, ia bukan saja membolehkan ibu bapa bersedia dr segi mental, fizikal n kewangan, ttpi perancangan kehamilan penting untuk kesihatan wanita sendiri.

Kenapa perlu merancang? Perunding Obstetrik n Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Jamiyah Hassan berkata, risiko kematian akibat melahirkan anak adalah berbeza mengikut negara iaitu antara satu kes kematian bg setiap 20 kelahiran di Afrika n satu kes bagi setiap 10,000 kelahiran di Eropah Utara.

Di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga n antara yg popular ialah:
# Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi @ ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan
# Kaedah halangan spti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yg baik, murah n dapat mengelak jangkitan penyakit seksual
# Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita atau lelaki
# Pil perancang (wanita)
# Alat intrauterin (IUD)
# Sistem intrauterin (IUS)
# Implan
# Suntikan

Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya. Kebimbangan timbul akibat salah faham mengenai kaedah perancangan keluarga, malah sesetengahnya percaya kpda pendapat lama yg tidak berasas.

Antara salah faham mengenai kehamilan dan kaedah perancangan keluarga ialah:
# Wanita tidak akan hamil jk tidak mencapai orgasma — Tidak benar. Walaupun tidak mencapai kepuasan dlm seks, wanita masih boleh hamil
# Wanita tidak akan hamil jika mengadakan hubungan seks kali pertama — Tidak benar. Jika ketika itu dia mengalami proses ovulasi (pengeluaran telur), kehamilan boleh berlaku
# Wanita tidak akan hamil jk mencuci vagina mrka sejurus slps mengadakan hubungan seks — Tidak benar. Ini krna sperma boleh berenang dgn cepat terus menuju ke dlm ruang rahim n tiada cucian yg akan sampai ke rahim untuk membunuh sperma
# Kehamilan tidak akan berlaku jk mengadakan hubungan seks pd ‘hari selamat’ — Tidak benar krna sangat susah sebenarnya untuk mengira bilakah hari yg anda benar2 ‘selamat’ berdasarkan kiraan kitaran haid. Ini krna kitaran haid dipengaruhi byk faktor, termasuk perubahan hormon, suhu badan n proses ovulasi
# IUD akan menyebabkan jangkitan — Tidak benar. Memang ada kajian yg mendakwa perkara ini ttpi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati ada fakta berat sebelah, termasuk drpd segi penggunaan pembandingan yg tidak sesuai, diagnosis jangkitan berkaitan pengetahuan pegawai soal selidik mengenai IUD n kegagalan mengawal faktor risiko tambahan spti bilangan pasangan. Kajian lain mendapati risiko jangkitan di kalangan pengguna IUD n bukan pengguna adalah lebih kurang sama
# IUD tidak boleh digunakan oleh wanita yg tidak pernah melahirkan anak — Tidak benar. Itu adalah rumusan drpd kajian lama yg tidak membezakan antara wanita yg tidak pernah melahirkan anak dgn golongan mengamalkan seks berisiko tinggi.
Kajian lain ke atas 1,895 wanita mendapati tiada kaitan antara penggunaan IUD awal dgn pengikatan tubal (pengikatan tubal sblm ini dikaitkan dgn jangkitan klamidia). Garis panduan terkini menyarankan penggunaan IUD sbg pilihan kaedah yg berkesan bg wanita yg tidak pernah melahirkan anak
# Kaedah perancangan keluarga yg mengandungi hormon, terutama pil perancang utk jangka masa panjang akan menyebabkan kanser payudara — Tidak benar. Pengambilan pil perancang dapat mengurangkan 58 hingga 79 peratus risiko kanser payudara di kalangan wanita yg mempunyai risiko keturunan untuk mendapat kanser itu. Kajian mendapati semua jenis pil perancang kombinasi mengurangkan risiko pembentukan sel kanser payudara sebanyak 40 peratus.

Pil perancang ada beberapa manfaat lain spti memberi perlindungan kepada:
a. Kanser ovari (pengurangan risiko antara 40 hingga 80 peratus) di kalangan pengguna; perlindungan bermula selepas setahun menggunakannya dan risiko berkurang lagi 10 hingga 12 peratus bagi setiap tahun berikutnya.
b. Pengurangan 50 peratus pengurangan risiko untuk kanser endometrium (lapisan dlm rahim) yg bermula setahun slps pil diambil. Perlindungan dikatakan berterusan sehingga 15 tahun slps berhenti mengambil pil perancang.
c. Pengurangan 50 hingga 79 peratus untuk pembentukan sista ovari
d. Pengurangan masalah fibroid (17 peratus) bagi setiap lima tahun.
Selain itu ia didapati dapat mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari

# Jika wanita yg mengambil pil perancang hamil, adakah ia akan membahayakan janin dlm kandungan? — Tidak. Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang tidak menjejaskan pembentukan janin. Wanita boleh meneruskan kehamilan mereka tanpa rasa bimbang.
Dr Jamiyah berkata, untuk memastikan keberkesanan pil perancang, wanita perlu membaca arahan pengambilan seperti tercatat dalam label atau risalah panduan yang dilampirkan. Jika masih tidak pasti, rujuk atau dapatkan nasihat doktor
# Dos pil perancang yg tinggi (30 mikrogram) memberi perlindungan lebih baik berbanding 20 mikrogram — Tidak benar. Kajian perbandingan menunjukkan tiada perbezaan kadar kehamilan di antara dua dos berkenaan. Walaupun pengambilan dos rendah boleh menyebabkan pendarahan tidak sekata, ia boleh mengurangkan komplikasi vaskular (salur darah) dan gejala yg dialami apabila ia dihentikan
# Kaedah perancangan keluarga yg mengandungi hormon terutama pil perancang akan menyebabkan peningkatan berat badan - Tidak benar. Banyak kajian dilakukan untuk membandingkan kesan peningkatan berat badan antara wanita yg mengambil pil perancang dgn golongan menggunakan kaedah perancangan tanpa hormon.
Didapati pertambahan berat badan antara dua kumpulan ini lebih kurang sama. Pertambahan berat badan bukan disebabkan hormon di dalam pil perancang tetapi apabila tabiat makan seseorang. Jika pengambilan makanan berlebihan drpd diperlukan, semua orang boleh menjadi gemuk
# Tidak kira sebagus manapun kaedah perancangan itu, seseorang wanita masih boleh hamil — Biasanya kehamilan ‘kemalangan’ ini berlaku apabila kondom tidak dipakai dgn betul @ ada kebocoran pd kondom. Pengambilan pil perancang yg tidak mengikut jadual jg menunjukkan lapan peratus kehamilan, terutama pd tahun pertama ia diambil.
Bagaimanapun, jk kondom digunakan dgn betul, catatan kehamilan sangat rendah (dua peratus saja). Namun bg kaedah ln — pil perancang, suntikan hormon progestogen, IUD, IUS @ implan — sangat berkesan mencegah kehamilan. Bagaimanapun usah risau, jk anda ingin mengandung, yg perlu dilakukan ialah menghentikan penggunaan kaedah perancangan dan kesuburan anda akan kembali spti asal.

No comments:

Post a Comment