Islamic Clock

Wednesday, April 13, 2011

Apabila Israfil Meniup Sangkakala


Artikel nie mama baca dlm satu blog n just nak share n utk peringatan buat diri mama jg....rasa ngerinya bila baca artikel ini...terasa cam kerdilnya diri mama ini di bumi Allah swt...Semasa Israfil meniup sangkakala yg pertama (yg berbunyi spti satu jeritan yg amat kuat tiada boleh nak digambarkan dgn apa2 jua, di mana tatkala mendengarnya akan gugurlah jantung2 manusia, akan gugurlah bayi dlm kandungan tanpa disedari, akan tercampak bayi2 yg sedang disusui ibunya) maka petala2 langit akan runtuh menyembah bumi, hamparan bumi akan bergegar (sila rujuk Surah Zalzalah) dan bergulungan antara lapisan demi lapisan sepertimana hamparan permaidani yg bergulungan. .. Segala2nya hancur berkecai semua isi bumi n langit ini.. tidak ada walau satu pun makhluk yg terselamat.. Ini pasti dirasai oleh umat yg masih hidup ketika itu. Manakala yg sedang mendiami alam kubur tidak akan merasai sengsara tiupan yg pertama ini..

Sesungguhnya yg pasti smsa waktu hampir menjelang Kiamat maka Allah Maha berkuasa menetapkan bhwa kanak2 sudah tidak ada lg dlm jangka masa itu krna Allah Maha Adil tidak izinkan kanak2 yg mumaiyiz samaada yg Islam ataupun kafir utk mengalami n merasai keperitan keadaan yg amat dahsyat itu.. Tiupan sangkakal ke dua adalah utk memastikan semua makhluk ciptaanNya telah mati termasuklah malaikat Izrail akan mencabut nyawanya dgn perintah dari Maha Agung slps Malaikat Israfilmelakukan sedemikian.. ketika Izrail mencabut nyawanya sendiri barulah ia mengetahui betapa pedih n peritnya tatkala nyawa berpisah dari tubuh..selama hayatnya, Izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa sekalian manusia dlm pelbagai cara.. jk bg seorang mukmin sejati, maka malaikat ini akan menjalankan pemisahan ruh dr jasad dgn cara yg paling lembut n tertib..tetapi adalah sebaliknya bg mrka yg kufur ingkar akan perintah Allah sepanjang hidup mrka, maka malaikat akan menyentap ruh dgn sekeras2nya tanpa belas kasihan n terasa isi2 daging tubuh bagai disiat2.... na' uzubillah min zaalik.. Nabi Muhammad sendiri merasai kesakitan smsa keluarnya ruh dari tubuh baginda, maka apatah lg bg kita.. Kemudiannya Israfil akan dihidupkan kembali utk tiupan sangkakala kali ke 3.. Tiupan kali ini adalah untuk mengejutkan n membangunkan semula semua makhluk dlm keadaan msg2 sesuai dgn amal ibadah mrka smsa hidup, mrka dihidupkan kembali seolah2 bagai rimpunan cendawan2 tegak berdiri yg tumbuh slps hujan.. pd ketika ini manusia bangun bangkit mengikut keadaan smsa matinya. jk mati dlm keadaan bermaksiat maka buruk huduhlah keadaannya.. jk mati dgn penuh cerah amal kebaikan maka berseri2 wajahnya dgn nur kemuliaan n kemenangan.. ada yg berdiri dgn kedudukan kepalanya dibawah, wajah n tubuh badannya hitam legap bagai arang, wajahnya bagai khinzir @ anjing, berbogel langsung,ada pula yg mataharinya sejengkal di ubun2 kepala n bermacam2 lg sesuai dgn timbangan kebaikan @ keburukan yg dilakukannya sepanjang kehidupan dari buaian hinggalah ke liang lahad.. tiupan ke 4 adalah sbg perintah utk semua manusia bergerak berduyun2 ke padang Mahsyar dlm keadaan2 msg2 spti mana ketika bangun semula..ada yg berenang dlm lautan peluh n ludahnya sendiri, ada yg berjalan berupa khinzir n bagai keldai, ada pula yg berjalan dgn lidahnya sendiri, ada yg merangkak merayap n bermacam2 lg sbg tanda segala perbuatannya smsa hidup..semuanya berjalan menuju para ambia' iaitu Para Nabi n Rasul yg diutuskan kpda kaum2 yg berbeza smsa dialam dunia sbg petuntuk ke arah kebenaran n tauhid kpda Allah swt.. pertama sekali semua manusia akan bertumpu kpda Nabi Adam as utk memohon beroleh syafaat agar dikurangkan balasan buruk n mencapai balasan syurga..ttpi Nabi Adam menghulurkan bantuan syafaat kpda ummat yg beriman shja..begitulah seterusnya manusia berkunjung berjumpa dr satu Rasul ke Rasul mengikut turutan untuk memohon bantuan syafaat hinggalah akhirnya bertemu dgn junjungan besar Nabi Muhammad saw..bg sesiapa yg rajin n kerap berselawat kpda baginda sepanjang kehidupan, maka Nabi Muhammad akan mengecam wajahnya n berkatalah baginda bahawa si polan bin si polan ini adalah sebahagian dr kaumku n berolehlah baginya bantuan syafaat yg dapat menghindarkannya dr balasan api neraka dgn keizinan Allah Maha Berkuasa.. Tidak lama kemudinnya berlakulah laungan sangkakala ke 5.. tiupan ini membuka setiap pintu2 langit... maka akan turunlah semua buku2 amalan kebaikan n kejahatan seluruh umat manusia bermula kpda umat Nabi Muhammad berturutan hgga kpda umat2 yg ln. Maka utk umat nabi Muhammad, Allah memerintahkan supaya dihimpunkan disebelah kanan baginda nabi panji2 Al Quran yg di bawa oleh Sayidina Osman ra..dibelakang beliau adalah para sahabat Nabi yg ln yg terdiri drpd Ahli tahfiz Quran, alim ulama yg sentiasa smsa hidupnya dipenuhi dgn bacaan ayat2 suci alQuran. slps itu panji As Siddiq (yg sentiasa membenarkan) di ketuai oleh oleh Sayidina Abu Bakar Assiddiq. Di belakang nya terkumpul orang2 yg sentiasa benar dlm beragama n sentiasa membenar n memegang kebenaran agama Allah pd setiap masa.. Panji puasa pula di bawa oleh sayidina Abu Hurairah krna beliaulah yg paling rajin menjalankan ibadah berpuasa sepanjang hidupnya..beliau menetapkan hanya 12 hari shja utk tidak berpuasa bg setiap tahun n selebihnya dikhususkan utk puasa.begitulah seterusnya utk amalan2 kebaikan yg ln. Bg setiap kumpulan di sebelah kanan baginda akan ada panji2 yg diketuai oleh insan yg paling sempurna bg setiap kebaikan tersebut..manakala disebelah kiri pula akan ada panji2 yg diusung oleh manusia mungkar n keji. Panji pendusta di bawa oleh Abu Lahab. Di belakangnya pula adalah umat Muhammad yg kerap n gemar berdusta sepanjang hidup..panji munafik pula oleh insan bernama Abdullah yg melarikan diri dari medan perang n menghasut orang ln bersamanya, n diikuti oleh panji2 keburukan yg ln pula..

Maka cuba kita renungkan di manakah kedudukan kita ..adakah kita akan mengikuti kumpulan2 yg berada kanan baginda ataupun kita memilih utk bersama2 insan terkutuk di sebelah kiri baginda??renungkanlah n cuba perbaiki keadaan hidup kita ini sblm terlambat.. Kmdn orang yg pertama akan dipanggil Ilahi adalah Nabi Muhammad utk berada di hadapan Allah dlm perbicaraan timbangan. Sudah tentulah Baginda Rasulullah akan memasuki syurga dgn sepantas kilat pd kedudukan syurga yg paling tinggi n utama krna baginda adalah kekasih Allah yg mat ulung tiada sekelumit dosa pun sepanajang hidupnya sbg insan mulia yg maksum..disusuli oleh para sahabat nabi seterusnya para alim ulamak n insan yg menjalankan perintah Allah dgn tekun n sabar n akhirnya insan2 yg paling lemah iman n ibadahnya.. Pokoknya di sini adalah orang yg baik2 n beriman shja yg mendapat kemuliaan utk dipanggil namanya terlebih dahulu sblm orang2 ln..ingin dijelaskan di sini bahawa segala amalan kita akan dihitung dgn teliti n buku2 ibadah kita menjadi saksi n tubuh2 mnjadi bukti sbg setiap perbuatan yg pernah kita amalkan.mulut terkunci dari berkata apa2 dihadapan Allah swt..jika kita mengamalkan banyak kebaikan ttpi pd masa yg sama kita banyak berhutang dgn manusia ln dari segi material, wang ringgit ataupun mulut ucapan nista, fitnah, kutukan n umpatan, maka semuanya ini akan dituntut oleh tuannya n pahala kita akan diberikan kpda sipolan tersebut hinggalah habis semua hutang2 kita langsaikan.. jika sudah habis semua pahala kita bayarkan sbg hutang, maka dosa2 sipolan tuan itu akan dilemparkan ke muka kita n kita pula yg akan menanggung beban dosanya sbg ganti hutang kita padanya..ingatlah, tiada suatu apa pun yg terkecuali, semuanya akan dibentangkan di hadapan kita bagai tayangan gambar bg setiap perkara yg kita lakukan samaada scra jelas terang ataupun tersembunyi. .jika berat timbangan neraca kebaikan dan pahala, maka kita akan melangkah ke syurga idaman dgn penuh gembira ttpi bg mrka yg gagal, akan terperosok dlm api neraka yg amat pedih sehiggalah semua dosa2 mrka terbalas.. insan yg pertama sekali akan masuk syurga adalah Nabi Muhammad, diikuti oleh para nabi yg ln..tapi oleh krna betapa sayang n cintanya nabi kpda umatnya, baginda menangguhkan perjalanan ke syurga sehinggalah semua umatnya dibicarakan amal2 ibadah mrka..baginda tidak mahu masuk dahulu krna ingin membantu umatnya n kemudinnya baginda berada di sebelah neraca mizan.. Allah dgn kekuasaanNya membuka pintu syurga di sebelah kanan n neraka disebelah kiriNya..untuk ke syurga harus melalui titian siratul mustaqim..msg2 berduyun beratur utk melintasi titian mengikut amalan msg2..sekiranya amalan buruk kita berat, maka nabi yg amat sayangkan umatnya akan menolong kita dgn meletakkan serbannya n apa shja bertujuan utk meringankan timbangan buruk ttpi jk masih berat jg yg buruk maka nabi yg maksum memohon maaf pd umat tersebut krna tidak dapat membantu.. lalu akan berjalanlah kita di atas titian itu..pelbagai cara n rupa semasa melintasi titian tersebut, ada yg laju spti kilatan, ada yg rasa spti melalui sehelai rambut yg di dibelah2 tujuh bahagian n pula yg merasai titian itu spti tajamnya sebilah pedang yg menyiat2 kakinya, ada yg merangkak2, mengesot n ada pula yg paling susah yg jalan bergayut menuju syurga.. ttpi bg yg paling malang, akan jatuh tersungkur dr titian n masuklah ke dlm neraka dibawah itu menjadi penghuninya. . renungkanlah apakah neraca amalan kita nanti lebih berat pd sebelah amalan pahala @ lebih berat pd dosa.. fikir2kanlah n beramallah selagi belum terlambat!!

No comments:

Post a Comment