Islamic Clock

Tuesday, April 12, 2011

Bukan Telor Tiruan

Telur ayam tiruan yg didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sbnrnya adalah ‘telur ayam cacat’ yg berkualiti rendah n biasanya tidak dijual kpda umum. Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dgn telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur itu adalah telur ayam. Berdasarkan pemeriksaan yg telah dijalankan,telur tiruan yg didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yg ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna n dianggap telur ayam tiruan.

Penghasilan telur tiruan memerlukan kos yg tinggi n tidak mungkin boleh dijual lebih rendah drpd telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred. Kita akan menyiasat bagaimana telur berkualiti rendah itu boleh dijual kepada orang ramai kerana selalunya telur seperti itu digunakan untuk keperluan industri tetapi bukan dijual kepada pengguna. Berikutan kekeliruan itu, satu sistem pensijilan akreditasi akan diperkenalkan bg memastikan telur ayam yg dijual di pasaran memenuhi piawaian ditetapkan.

No comments:

Post a Comment