Islamic Clock

Tuesday, March 12, 2013

Durian Runtuh

'Durian runtuh' jadikan skim ATM, PDRM lebih menarik
Kerajaan dilihat amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan apabila mengambil langkah menyetarakan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dgn perkhidmatan awam. Mengalu-alukan pengumuman yg dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berpendapat penyetaraan itu bersesuaian dgn beban tugas dan tanggungjawab anggota keselamatan yg berdepan risiko melibatkan nyawa demi mempertahan negara dan kesejahteraan rakyat. "Kita bersimpati dgn apa yg berlaku terhadap anggota PDRM dan tentera (di Lahad Datu). Sudah tiba masa untuk menaikkan gred kerana dulu skim itu dipakejkan seperti kalau Inspektor, ASP, DSP, Superintenden, dipakejkan dalam gred 41," katanya di ibu negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula melihat langkah itu bakal menarik lebih ramai golongan muda menyertai pasukan pertahanan dan keselamatan. "Skim ini akan menjadikan kerjaya ATM, yg dahulunya pilihan kedua, tetapi dgn skema gaji yg baharu, pastinya akan menarik lebih ramai rakyat untuk menyertai ATM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pengumuman itu jelas memberi suntikan semangat baharu kepada penjawat awam dan pasukan keselamatan negara, termasuk PDRM dan ATM. Beliau mewakili seluruh agensi dan petugas kementeriannya dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman itu, yg secara tidak langsung membawa seribu makna kepada pasukan keselamatan negara yg sedang berjuang di Sabah demi menjaga kedaulatan negara.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat dalam ATM dan PDRM disetara dgn Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gaji. Najib berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat serta kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Samshuri Arshad pula berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai jasa anggota keselamatan. Turut berkongsi sentimen yg sama ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan yang berkata: "Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan tidak meminggirkan pasukan keselamatan negara." Ketua Penerangan dan Perhubungan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohd Zainan Yunus berkata kenaikan itu akan memberi impak besar dlm menyemarakkan Semangat anggota keselamatan negara. Koperal Abdul Razak Ngah pula berterima kasih kpda kerajaan dgn pemberian gred gaji baharu itu yg disifatkannya sbg 'durian runtuh'

Di SARAWAK, Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata, pengumuman itu amat dinanti2kan seluruh anggota polis, dan beliau percaya anggota polis akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Pegawai Staf Dua Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen Kapten Mohd Said Adam Mohamed Said, 32, bersyukur dgn pengumuman Perdana Menteri sambil menyifatkan perkhidmatan keselamatan seperti tentera mempunyai tugas yg berisiko dalam mengawal kedaulatan negara. "Kami perlu bersedia untuk berkhidmat tanpa mengira waktu dan ketika, kami boleh dipanggil bertugas dengan hanya notis pendek dan sentiasa mendahulukan tugas kepada negara... boleh kata negara dahulu, kemudian baru keluarga," katanya yang telah berkhidmat selama tujuh tahun.

Bagi Sarjan Che Othman Awi, 52, dan Koperal Abdul Taib Tajol, 52, yg bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching, mereka sangat gembira dgn pengumuman itu serta berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri yg prihatin dgn kebajikan anggota polis.

Di SABAH, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff berkata, kerajaan hari ini membuktikan apa yg dijanjikan dalam Belanjawan 2013. "Ini memberi manfaat begitu tinggi spti yg diharapkan penjawat awam terutama polis yg mana kesetaraan ini dapat mengimbangi jurang perbezaan yg wujud dalam perkhidmatan awam," katanya. Jurugambar Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pertahanan Prebet Zaidi Zulkefli pula berpendapat pengumuman itu mampu menaikkan lagi imej pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, langkah itu pasti memberi motivasi, sekali gus meningkatkan komitmen penjawat awam. Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) 15 dari Sandakan Koperal Yusof dan Lans Koperal Helmi berkongsi pendapat yg sama kerana peranan anggota polis kini dipandang tinggi atas sumbangan besar menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

"Itu bukti sumbangan dan jasa kami terhadap negara dipandang tinggi... kami 24 jam bekerja menjaga keselamatan dalam negara. "Tanggungjawab kami berat terutama ketika krisis pencerobohan pengganas militan Sulu di Sabah," kata mereka ketika ditemui mengawal situasi di Hospital Duchess of Kent di Sabah.

No comments:

Post a Comment