Islamic Clock

Tuesday, March 12, 2013

Anak Berhak Dipelihara

TIDAK dapat dinafikan ramai orang beranggapan bahawa anak yg dilahirkan ke dunia hasil hubungan perkahwinan yg sah adalah hak mutlak mereka yg boleh dibuat sesuka hati. Anak bukannya barang yg boleh dipindah2kan drpd satu orang ke satu orang. Anak adalah manusia biasa yg mempunyai hati dan perasaan. Anak adalah amanah Allah SWT kepada manusia yg digelar ibu bapa.

Dalam keadaan biasa di mana sepasang suami isteri hidup aman damai, anak biasanya juga mendapat manfaat drpd hubungan tersebut. Jika ibu bapa anak itu hidup dlm berkasih sayang maka anak akan merasa kebahagiaan itu. Anak lebih aman dan tenteram dan dia juga akan menjadi seorang yg periang, ceria dan bahagia. Namun jika setiap hari anak mendengar ibu bapanya berperang, memaki hamun, tentulah ini akan menjejaskan emosi dan pemikiran anak tersebut. Anak yg dibesarkan dlm keadaan keluarga yg huru-hara, apatah lagi dipenuhi dgn pergaduhan dan persengketaan akan membesar dgn perasaan benci pada diri sendiri atau kepada ibu bapa ataupun memilih salah seorang drpd mereka. Sedangkan dalam Islam, kedua ibu bapa mempunyai hak untuk ditaati oleh anak-anak mereka.

Jika anak ada hak terhadap ibu bapa, begitu juga sebaliknya. Dalam hal pemeliharaan anak, ibu bapa sering beranggapan itu adalah hak mutlak mereka. Sebenarnya, memelihara anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan anak berhak dipelihara dgn baik sehingga dewasa. Pemeliharaan atau disebut sbg hadanah atau bermakna himpun di samping atau di sisi. Dalam syarak ia bermakna hak mendidik dan menjaga anak. Saya menggunakan istilah pemeliharaan untuk membezakannya dgn penjagaan. Bagi saya PENJAGA adalah yg mempunyai kuasa pengawasan yg lebih besar terhadap anak dan penjaga mutlak bagi anak ia BAPA anak. Dalam bahasa Inggerisnya ia sering dirujuk sebagai GUARDIAN, sedangkan hadanah atau pemeliharaan melibatkan pengurusan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan anak. Penjaga bertanggungjawab dalam hal pendidikan, perwalian dalam hal perkahwinan, memberi nafkah dan semua urusan harta anak. Dalam isu hadanah, ia bukan hak yg memelihara tetapi hak anak yg dipelihara. Anak berhak dipelihara oleh kedua2 ibu dan bapa dan sekiranya ibu dan bapa telah bercerai, anak tetap berhak mendapat peliharaan drpd kedua2nya mengikut kesesuaian yg ditentukan oleh mahkamah.

Oleh yg demikian, mahkamah syariah mempunyai kuasa menentukan siapa yg berkewajipan memelihara anak jika pasangan bercerai dan memastikan anak mendapat hak pemeliharaan drpd kedua2nya. Dalam hal ini, Islam memberi keutamaan kepada ibu atau kaum wanita untuk mendapat tanggungjawab memelihara anak kerana dari segi fitrahnya seorang ibu lebih peka dan sabar dalam menjalankan tugasnya sebagai ibu. Jika pasangan masih hidup sbg suami isteri, hal pemeliharaan anak tidak timbul. Tentunya semasa dlm perkahwinan, tanggungjawab ini digalas bersama. Pasangan hari ini mendapat pendedahan yg banyak dan mencukupi, semenjak mengandung mereka telah diberikan taklimat dan ceramah mengenai pemeliharaan anak. Di hospital2 semasa duduk menunggu giliran berjumpa doktor semasa mengandung, mereka ditayangkan video mengenai cara memandi bayi, menjaga bayi semasa kecil dari sudut kesihatan. Malah telah ada di pasaran pelbagai jenis buku mengenai pendidikan anak secara lengkap dari kecil hingga dewasa.

Pada pandangan saya segala kemudahan ini membuka ruang yg besar kepada pasangan suami isteri untuk berkongsi dalam memelihara bayi mereka. Sikap tolong-menolong ini akan mengerat hubungan antara suami isteri serta anak. Jika ibu bapa kita dahulu sangat mengasingkan tugas memelihara kepada ibu sahaja, hari ini cara itu telah berubah. Ia juga memberi peluang bapa/suami mengetahui kesukaran memelihara anak, terutama semasa kecil. Malahan amalan hospital bersalin membenarkan suami hadir semasa isteri melahirkan anak juga memberi kesan positif kepada hubungan suami isteri dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan anak-anaknya. Ia juga menimbulkan rasa ihsan suami terhadap isteri dan juga ibunya sendiri bahawa proses melahirkan anak adalah suatu proses yang amat mencabar bagi seorang wanita yg sangat2 memerlukan sokongan suami. Jika ini diketahui, suami/lelaki tidak akan derhaka kepada ibunya dan tidak akan mendera isteri serta anak-anak. Lelaki yg waras dan beragama akan menghargai seorang wanita yg dipanggil isteri dan ibu. Hari ini perkongsian suami isteri dalam memelihara anak semasa masih bayi menjadikan hubungan anak-ayah lebih kukuh dan ini boleh mengurangkan isu anak bermasalah. Jika dulu anak hanya manja dan lebih mudah berbual dengan ibu, hari ini anak manja dan selesa dengan kedua ibu dan bapa.

No comments:

Post a Comment