Islamic Clock

Tuesday, March 5, 2013

ATM Perjelas Isu Operasi

Malaysia perlu mematuhi undang2 antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang2 antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang2nya terhadap soal pencerobohan. Beliau berkata, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yg menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang2. Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal ditetapkan,” katanya ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yg bakal bersara di sini. Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dgn kumpulan penceroboh bersenjata yg mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.

Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata ia adalah gambar lama yg dipercayai berlaku di negara jiran beberapa tahun lalu. Gambar itu ditulis dengan perkataan ‘Lahad Datu’ di bawahnya untuk menggambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan.

Apa yg mereka buat ialah dia ambil gambar polis buat kerja di Lahad Datu, kemudian dia masukkan gambar yg kena penggal, untuk saya, ini tindakah jahat, untuk lihat negara kucar kacir, tindakan budak nakal. Sekarang ini ramai yg buat tindakan tanpa memikirkan implikasi bakal timbul, hanya untuk seronok, mereka ini adalah golongan yg tidak sayangkan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment