Penyanyi dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu rebah dan tidak sedarkan diri ketika membuat persembahan di hadapan 1,000 tetamu pada satu majlis di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Pengkalan Kubor, di sini, semalam. Dia yg nama sebenarnya, Zaidi Mohamad, 45, disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat (HT) pada jam 11 pagi, kira2 setengah jam selepas rebah di majlis itu yg dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Kejadian berlaku ketika Allahyarham mengadakan persembahan sempena majlis perasmian Restoran Sri Nelayan dan penyampaian bantuan elaun sara hidup nelayan di kompleks berkenaan. Zaidi yg terkenal dengan lagu dikir barat berjudul Juwita ketika itu menyampaikan sebuah lagu sebelum rebah di bahagian kiri pentas utama. Dia dikejarkan ke HT menggunakan kenderaan LKIM untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Saya dan suami bercadang menunaikan umrah pada April ini, tetapi hasrat itu tidak kesampaian,” kata Zaharina Mohamad, 47, isteri Zaidi Mohamad, 45, atau lebih dikenali sebagai Zaidi Buluh Perindu yg meninggal dunia ketika mengadakan persembahan, semalam. Menurut Zaharina, dia dan suaminya merancang menunaikan umrah bersama beberapa rakan lain. Sebelum ini, arwah hanya mengadu sakit dada. Tak sangka pula dia rebah dan meninggal dunia ketika membuat persembahan. Apapun kami sekeluarga reda kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut Sarang Burung, dekat sini, semalam.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meluangkan masa melawat jenazah Zaidi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarganya. Menurutnya, selain hasrat menunaikan umrah tidak kesampaian, masih terngiang2 ungkapan seorang rakan suaminya yg memaklumkan kepadanya, Zaidi ada menyebut teringin masuk ke liang lahad pada malam Jumaat.
AL-FATIHAH.........
From '62 To Sixty Two
16 hours ago
No comments:
Post a Comment