Dua anggota tentera yg terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah kelmarin dinaikkan pangkat kepada Koperal, membolehkan keluarga mereka menerima pencen terbitan kira2 RM2,500 sebulan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata imbuhan untuk kedua2 ibu bapa Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan turut diberi menerusi beberapa faedah perkhidmatan.
Keluarga terima faedah
Katanya, keluarga kedua2 perajurit juga akan menerima faedah lain scra kumulatif termasuk insurans berkelompok, koperasi dan tabung angkatan tentera kira2 RM170,000. Wang tak boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang, tetapi bantuan ini tanda prihatin Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat Malaysia, katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini semalam. Terdahulu Ahmad Zahid mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasuki pesawat C-130 TUDM dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Tentera pertama terkorban
Allahyarham Ahmad Hurairah adalah anggota tentera pertama terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Februari lalu. Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran dgn pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam pertempuran tiga jam yg berakhir jam 10.45 pagi kelmarin manakala seorang lagi perajurit cedera dan empat musuh terbunuh. Allahyarham Ahmad Farhan pula terbunuh dalam nahas jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih untuk menghantar makanan kepada anggota keselamatan dalam operasi itu.
Ahmad Zahid mengingatkan rakyat tidak memperlekeh kemampuan pasukan keselamatan yg sedang berjuang menentang pengganas dari selatan Filipina dalam Operasi Daulat, sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan. Sementara itu, Zulkifli menyifatkan pemergian wira negara dalam pertempuran di Lahad Datu adalah pengorbanan yg sangat besar kepada negara. Jika orang kata ini sandiwara nyawa dipertaruhkan, adakah itu satu sandiwara? Bagaimana jika itu berlaku kepada bapa, anak atau adik mereka? katanya. Sementara itu, jenazah dua anggota tentera, Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung masing2. Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, manakala Allahyarham Ahmad Farhan, 21, di Tanah Perkuburan Islam Pasir Hor, Kota Bharu, tengah hari semalam.
From '62 To Sixty Two
20 hours ago
No comments:
Post a Comment