Islamic Clock

Monday, March 4, 2013

Situasi Semasa Di Sabah

Keadaan di kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Lahad Datu tenang
04/03/2013 3:27am

SEMPORNA — Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan kawasan tertentu di sini kelihatan tenang malam tadi selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, kelmarin.

Dalam kejadian itu, enam anggota kumpulan itu turut maut. Tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis. Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yg masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa. Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

Pada Jumaat lalu, dua anggota komando VAT 69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terbunuh sementara tiga yg lain cedera dalam insiden pertempuran di Kampung Tanduo.

Dalam kejadian itu, seramai 12 anggota pasukan penceroboh terbunuh. Sementara itu, Ismail berkata, polis turut menahan tiga daripada lebih 150 orang kumpulan bersenjata rakyat Selatan Filipina yg menceroboh dan berpangkalan di Kampung Tanduo di sini sejak 12 Februari lepas. Mereka dipercayai cuba keluar daripada kumpulan itu," katanya yg enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai tangkapan tersebut.

No comments:

Post a Comment