Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenal pasti punca kejadian jambatan runtuh di persimpangan bertingkat berdekatan Taman Sains Selangor 2, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, struktur jambatan yg dibina melintasi Lebuhraya Plus Putrajaya menghubungkan laluan ke Johor Bahru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ipoh, Shah Alam dan Subang Jaya itu patah di bahagian tengah.
Bagaimanapun kejadian itu tidak menganggu perjalanan lalu lintas dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata, pihaknya akan membuat kerja pembersihan yg dijangka mengambil masa tiga minggu dan seterusnya melaksanakan kerja membaik pulih selama lapan bulan. Menurutnya, PKNS mengambil tindakan proaktif terhadap insiden berkenaan dengan kadar segera serta tidak mahu menuding jari menyalahkan mana2 pihak.
Jambatan ini mula dibina pada Oktober 2007 dan beroperasi pada November 2009. Bagaimanapun, ia mengalami masalah dan terpaksa ditutup awal Disember tahun lalu bagi memberi peluang kepada perunding bebas menyiasat. Antara masalah yg dikenal pasti ialah empat tiang pada jambatan berkenaan condong sedikit, malah ada beberapa tempat berdekatan mengalami masalah struktur tanah kerana kawasan itu sebelum ini adalah paya, katanya pada sidang media, semalam. Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini beliau pernah melawat jambatan berkenaan selepas dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yg menyatakan ada pergerakan pada satu drpd tiang jambatan itu. Ketika lawatan itu, saya diberi taklimat mengenai keadaan jambatan dan saya membuat keputusan menutup laluan di bawahnya atas faktor keselamatan. Bagi saya, keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan. Sehubungan itu, jambatan dan laluan di bawahnya ditutup kepada lalu lintas sejak 7 Disember lalu, katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, satu lencongan dibuat membabitkan persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 (antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya) di laluan Lingkaran Putrajaya bagi memudahkan kerja pemeriksaan dilakukan pihak bertanggungjawab. Saya juga menandatangani satu warta bagi membolehkan jalan ini ditutup sehingga 31 Disember depan tertakluk pada tarikh siap sebenar kerja membaiki jambatan itu,” katanya.
From '62 To Sixty Two
21 hours ago
No comments:
Post a Comment