Islamic Clock

Wednesday, March 13, 2013

Dua Anggota Tentera Terkorban

Kepulangan jenazah wira negara, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, ke kampung halamannya di Bayu Lalang di sini pada pukul 11.20 pagi ini dari Lahad Datu, Sabah, disambut dalam suasana hiba ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan penduduk kampung di situ. Ibu bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55, dan Rahmah Mahat, 50, juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak2 sebaik sahaja melihat sekujur tubuh anak mereka yg terkorban dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam. Kediaman keluarga Allahyarham mula dikunjungi orang ramai sejak awal pagi ini sebaik sahaja berita mengenai tragedi yg melanda Ahmad Hurairah tersebar dan diketahui umum.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zainal Abidin yg turut mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham telah menyerahkan Jalur Gemilang yg membaluti keranda Allahyarham kepada bapanya sebagai simbolik Ahmad Hurairah adalah wira negara. Perjalanan kira2 500 meter jenazah Allahyarham untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayu Lalang turut diiringi dgn tangisan oleh kebanyakkan ahli keluarga yg datang. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 12.50 tengah hari ini dengan diiringi adat istiadat ketenteraan.

Turut mengiringi upacara pengkebumian jenazah Allahyarham adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Panglima Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa, Datuk Mohd. Zaki Hamzah dan beberapa pemimpin lain.

Dua anggota tentera yg terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Beliau berkata, imbuhan untuk kedua2 ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin drpd Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yg terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas.

No comments:

Post a Comment