Islamic Clock

Thursday, February 23, 2012

Adik Faris Dah Pergi Buat Selama2nya


Salam Takziah Buat saudara Shamrulismawi Abah BlackPearl & isteri serta keluarga atas pemergian anak tersayang Adik Faris Nur Danial semoga dipermudahkan segalanya... Sudah tertulis.....Allah swt lebih menyayangi Adik Faris, takziah utk Sham sekeluarga..Harap tabah dgn pemergiannya.... semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di alam sana......Al-Fatihah..

Adik Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) Sejak 1 Februari, masa itu Adik Faris kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH), Ringkasnya, barah darah. Doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur. Setelah lebih 2 minggu (23 hari) Adik Faris Nur Daniel bertarung nyawa (di Sime Darby Medical Center) akhirnya Adik Faris menghembuskan nafasnya yg terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi bersamaan hari Khamis malam Jumaat, 23 Februari 2012... Keadaan Adik Faris makin kritikal sejak 9.43 pagi tadi. Jenazah Adik Faris akan dikebumikan di Kg Budiman, Shah Alam. Jenazah akan dibawa ke rumah pukul 12.30 tengahari ini dan akan dikebumikan selepas solat Asar nnti.

Alamat
No 1, jalan pulau lumut u10/76j
Alam budiman, seksyen u10
Puncak Perdana

No comments:

Post a Comment