Ibu bapa perlu sedar bayi n kanak2 memerlukan tidur yg cukup dan berkualiti. Ini krna tidur adalah elemen kesihatan yg sgt penting dlm kehidupan seseorang. Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yg baik dlm jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak2, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak. Justeru, penting bg ibu bapa mempraktikkan rutin waktu tidur yg tetap krna ini dapat mengajar kanak2 utk lebih tenang dan tidur lena setiap malam.
Dari sudut kesihatan, tidur yg mencukupi akan melepaskan bbrpa hormon penting dlm tubuh yg diperlukan utk pembentukan tulang bayi. Ketika tidur byk lemak yg tidak diperlukan akan terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak2 berkembang sihat dan kurang mengalami masalah kegemukan.
Bagi kanak2 berusia enam tahun ke atas pula, tidak cukup tidur membuatkan mrka cepat marah. Malah di sekolah, mereka berhadapan masalah tumpuan, lemah daya ingatan dan membuat keputusan serta kekurangan tenaga. Mereka mempunyai pencapaian akademik lebih rendah krna tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah.
Bayi berusia dua hingga 12 bulan biasanya memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 15 jam sehari. Biasanya 15 jam itu diperoleh scra berterusan, ttpi ada jg bayi yg tidur dlm bbrp sesi. Pola tidur begini tidak tetap ttpi masih dikira baik. Jadual tidur yg konsisten akan muncul apabila sistem saraf bayi matang. Pada usia setahun hingga tiga tahun kanak2 memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari dan keperluan ini semakin berkurangan kpda 11 hingga 13 jam sehari apabila usia meningkat enam tahun. Pada usia 12 tahun ke atas kanak-kanak dan remaja biasanya hanya akan tidur pada waktu malam dan jangka masa tidur mrka semakin berkurangan krna byk melakukan aktiviti di sekolah. Mereka biasanya memerlukan tidur lapan hingga 10 jam sehari.
Berikut ialah Panduan membentuk tabiat tidur yang baik untuk anak2:
*Lakukan aktiviti pada siang hari.
Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama2 dgn bayi. Misalnya mengajaknya berbual2 bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dgn kebisingan rumah spti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yg lebih baik pada waktu malam.
*Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.
*Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.
*Tidurkan bayi ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dgn tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas drpd anak patung, bantal atau selimut krna ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.
*Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dlm tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mgkn merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yg selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas krna kadangkala dia akan senyap dgn sendirinya.
Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dgn mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya scra tenang. Anda jg boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
*Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yg suram cahayanya. Suara anda jg harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
*Elakkan menonton televisyen
Elakkan anak2 tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sblm waktu tidur kmdn tidak membenarkan anak2 menonton lg. Ini bg memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.
From '62 To Sixty Two
6 days ago
No comments:
Post a Comment