Sbg ibu bapa, pasti ada yg pernah mengeluh perihal tingkahlaku anak2. Perkara ini mmg biasa terjadi, lebih2 lg sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mrka saja). Kanak2 dlm lingkungan umur dua hingga tujuh tahun mmg sering dilabelkan lasak krna ingin mencuba apa shja yg dilihat dan mrka jg didapati 'tidak dengar kata'.
Apa yg berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa n anak. Di samping itu, kanak2 sbnrnya tidak dpt mendengar arahan dgn baik krna tdak memberikan perhatian kpda suara ibu bapa. Sebaliknya, perhatian mrka hanya tertumpu kpda permainan mrka dan alam sekeliling yg ingin diterokai. Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yg bersalah? Sudah tentu org dewasa krna tidak berusaha utk memahami kehendak si anak.
Berikut ada bbrpa panduan yg boleh digunakan bg menangani anak sebegini.
*Cuba fahami bahasa anak anda dgn bertanya scra lembut kpdanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yg anda lakukan sama ada sedang memasak @ membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
*Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja ttpi sebaiknya, pandang muka n tatap matanya dgn penuh kasih sayang. Brpa kali dlm sehari kita bertentang mata dgn anak? Perhubungan mata sgt penting dlm apa jua jenis komunikasi walaupun dgn anak kecil. Ingatlah, kanak2 sgt memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian drpd ibu bapa.
*Sebaik shja anda pulang bekerja n mengambil anak dari pusat jagaan kanak2, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jgn terus ke dapur utk memasak @ mengangkat kain di ampaian. Berikan perhatian pertama kpda anak. Tanyakan dgn lembut dan mesra apa yg dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah @ di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yg anda sgt sayangkannya. Bermain2 dgnnya kira2 setengah jam, barulah anda minta diri utk ke dapur. Mudah2an dia akan lebih mendengar kata krna perhatian yg diharapkannya sudah diperoleh.
*Ajarkan anak dgn perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya krna sedang sibuk di dapur. Layan dia sebaik shja berkesempatan. Jgn buat tidak tahu shja @ bersikap acuh tidak acuh krna sebenarnya anda sdg mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita krna Allah tidak menjadikan dia demikian. Ingatlah, anak belajar dgn meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
*Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dgn personaliti tersendiri. Anak yg suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa2 sebab boleh dikategorikan sbg inginkan perhatian. Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kpdanya spti memandang ke arahnya @ bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kpdanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus krna boleh mengganggu adik kecil yg sedang tidur. Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit @ membuat perangai bbrpa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yg sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit @ semakin kurang menjerit dlm sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat krna kakak tidak menjerit hari ini." Dgn ini, anak akan faham bhwa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.
*Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yg keletah dan kerenah anak yg menghiburkan. Tumpukan perhatian anda kpda kelebihan itu. Jgn mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang.
*Bayangkan anak dgn semua sifat positif yg anda inginkan setiap kali berinteraksi dgn anak. Anda jg boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dgn lembut pada ubun2 kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya. Anak2 hidup dlm dunia yg tiada peraturan. Ibu bapa yg membuat peraturan, disiplin dan galakan kpda anak.
*Periksa siapa yg biasa ditemui anak2 anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dlm rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak2 ln yg diasuh). Adakah terdapat mrka yg membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan utk mencari tempat pengasuhan yg ln krna perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu shja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yg baik drpda kita menangis di kemudian hari krna anak tidak mahu menjadi baik.
*Apabila kita memarahi anak pd usia ini dgn nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yg asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan krna kesakitan yg dialami di dlm hati n scra fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mrka, maka semakin kuat pemberontakan mrka. Anak2 pd usia ini tidak 'makan' dgn cara spti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk bbrpa ketika shja. Ttpi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yg berpanjangan di dalam diri mereka.
*Untuk anak2 yg nakal, jk mrka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat scra hikmah. Ceritakan pada mrka apa yg mereka buat itu salah dan apa yg mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Semoga kita semua mendapat pencerahan!!
From '62 To Sixty Two
6 days ago
No comments:
Post a Comment