TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yg mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dgn pemakanan seimbang ttpi jg melengkapi emosi diri. Namun, ramai jg ibu yg sering tertanya2 kaedah utk menghasilkan susu yg banyak supaya tidak perlu dicampur dgn susu formula.
Pemakanan seimbang yg tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi utk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi. Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yg mencukupi utk menampung kedua2 ibu dan anak. Selain itu, si ibu jg memerlukan waktu rehat yg mencukupi dan perlu sentiasa berada dlm keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu jg menjaga anak yg lain. Oleh itu, sokongan keluarga sangat penting.
Kadangkala si ibu jg perlu mengambil ubat utk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi). Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik2nya dlm jam pertama slpas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat n banyak. Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu. Oleh itu, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yg mencukupi. Namun, jika bayi diberi susu formula utk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu jg akan tergendala. Malah, manfaat susu ibu utk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan jg akan terjejas krna koloni bakteria baik akan berkurangan.
Di samping itu, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dgn risiko lebih tinggi utk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum). Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yg scra amnya berlaku antara dua hingga lima minggu slpas seseorang wanita melahirkan anak. Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sbg sederhana, jg dikenali sbg kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin.
Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dlm tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin. Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yg baik bg anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam. Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jk berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yg byk membantu menangani gejala ini drpd berterusan. Menyusukan bayi dgn susu ibu adalah salah satu langkah bijak yg boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak.
Banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yg canggih menunjukkan terdapat byk manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya. Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yg tidak menyusukan bayi mereka scra khusus. Keadaan ini mgkn disebabkan masih ramai tidak mengetahui @ tidak begitu yakin dgn khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yg tinggi drpd kedua2 ibu bapa.
Ada golongan ibu yg melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan spti kerjaya. Penyusuan ibu sebaik2nya scra eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mgkn manfaat drpdnya.
Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sbg makanan terbaik bg bayi dan digunakan sbg ‘standard emas’ utk pembuatan susu formula? Menurut Dr Wan Maziah, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yg mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yg tidak mgkn mampu dihasilkan scra buatan. Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mrka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai utk bayi mengikut kematangan bayi mrka dan kesan drpd penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa.
Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yg teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis. Malah, tidak dinafikan masih byk lg kajian sedang dilakukan utk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yg mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi.
Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi. Proses berkenaan jg berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kpda normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari. Malah, penyusuan ibu jg baik drpd segi sosio ekonomi krna selain diperoleh scra percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat. Anak yg sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yg lebih cemerlang.
Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dgn cara menyimpan perahan susu dlm peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja. Selain itu, tekanan pekerjaan jg boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yg boleh membantu menambahkan susu ttpi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat drpd doktor sebelum mencubanya. Pengambilan ubatan utk menambah susu spti ini harus digunakan sbg langkah terakhir jk semua ikhtiar yg dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih drpd bayi yg menyusu badan. Terdapat jg keadaan tertentu spti masalah kesihatan yg memaksa golongan ibu utk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yg tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan.
Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih krna tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kpda bayi krna bayi masih lg mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yg dilakukan mengikut aturan yg betul.
From '62 To Sixty Two
6 days ago
No comments:
Post a Comment