MUSIM umrah kembali. Mengikut maklumat yg diterima, Kerajaan Arab Saudi mula mengeluarkan visa umrah sejak dua minggu lalu. Spti biasa, ribuan umat Islam di Malaysia mula mendaftar dgn agensi pelancongan yg mengendalikan pelbagai pakej umrah yg berlumba2 menawarkan pakej serendah RM4,500.
Umrah pd syarak ialah menziarahi Baitullah pada bila2 masa sepanjang tahun, kecuali bg orang yg dlm ihram haji), bertujuan mengerjakan tawaf dan sa’i dgn mematuhi syarat serta menunaikan segala rukun dan wajib umrah. Segala2nya mesti sempurna. Sebagaimana firman Allah SWT dlm surah al-Baqarah ayat 196 yg bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah krna Allah”.
Perlu diingat bhwa syarat utama setiap pekerjaan itu hanya akan menjadi ibadah dan mendapat pahala drpd Allah SWT, jk diniatkan semata2 krna mematuhi perintah-Nya serta mengikut sunnah Rasul-Nya. Demikian jg umrah. Namun, bg menjamin kita memperoleh ganjaran yg lebih besar, maka ibadah wajib spti solat, puasa dan berzakat mesti dilaksanakan ketika di tanah air lg. Bg jemaah yg akan berangkat menunaikan ibadah itu pastinya sudah mengikuti kursus yg dianjurkan oleh agensi berkaitan rukun dan wajib umrah yg perlu dipatuhi krna ibadat umrah adalah antara syariat Allah SWT yg mempunyai rahsia serta hikmahnya tersendiri. Ibadah umrah akan sia2 jika bekalan bekalan ilmu tidak mencukupi.
Antara hikmah yg perlu dihayati ialah ibadat umrah mampu melatih umat bersatu meningkat syiar Islam, kemesraan silaturahim antara pelbagai warna kulit dan bangsa biar pun berlainan tutur bahasa, budaya dan latar belakang. Demikian hikmah Allah menetapkan umat manusia berbeza antara satu sama lain supaya mereka saling kenal mengenali. Namun, semuanya akan bertemu, malah bersentuhan bahu ketika di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Contohnya ketika melakukan tawaf. Dgn jelas dapat kita lihat semangat perpaduan dan persaudaraan dlm kalangan umat Islam amat erat tanpa mengira darjat. Raja, rakyat miskin atau kaya, sama saja taraf mrka ktka mengerjakan ibadat itu dgn semuanya berpakaian ihram berwarna putih utk mengabdikan diri kpda Allah SWT. Mrka ialah utusan Allah. Dari Ibnu Umar ra dari Nabi SAW, Baginda bersabda yg bermaksud: “Seorg yg berperang di jalan Allah, dan seorg yg menunaikan haji dan umrah adalah utusan Allah. Allah memanggil mrka dan mrka mendatanginya, dan mrka meminta kpda Allah, lalu Allah memberikan kpda mrka.” (Riwayat Ibnu Majah dan dihasankan oleh Sheikh al-Albani.)
Bagi amalan sa’i pula kita dapat merenung kembali bagaimana peristiwa isteri Nabi Ibrahim as, Siti Hajar berlari berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah di tengah padang pasir yg panas dan kering kontang ketika Nabi Ismail masih kecil, bg mencari air. Sehinggalah dgn kuasa Allah SWT air zam2 terpancar ke bumi di tempat letak kaki Nabi Ismail, dan tidak kering hinggalah sekarang. Byk lg peristiwa penting dlm sejarah Islam yg berlaku sama ada di Madinah atau Makkah dan semua peristiwa itu mesti menjadi teladan kpda umat Islam utk menanam semangat perjuangan supaya terus berusaha dan tidak mudah putus asa berdepan rintangan hidup di dunia semata2 utk menikmati hidup kekal kelak.
Berbalik kpda tujuan melakukan umrah, jemaah yg mendapat ‘jemputan’ drpd-Nya utk menjejakkan kaki ke dua negeri yg penuh berkat iaitu Ummul Qura Makkah al-Mukarramah dan kota Rasulullah SAW Madinatul Munawarah, mesti menanam niat beribadat semata2 krna Allah. Hikmat kedua2 kota di Tanah Suci itu amat luar biasa krna setiap amalan ibadat digandakan.
Sebagaimana satu hadis yg menyebut: “Dari Jabir bin Abdillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku ini lebih utama 1,000 solat drpd solat di masjid selainnya, kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih utama 100,000 dari solat di masjid selainnya.” Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, dan disahihkan al-Albani (Kitab Irwauul Ghalil cetakan al-Maktab al-Islami hal 341 hadis no 1129 juz ke 4). Maknanya, pahala solat di Masjid Nabawi lebih byk iaitu 1,000 kali drpd pahala solat di masjid selainnya. (Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi cetakan Darul Fikr hal 166 -167,juz ke-9 jilid ke 5).
Madinah ialah Dar Sunnah, Dar Hijrah dan Dar Nusrah, hinggakan kisah orang Ansar di Madinah dirakamkan dlm al-Quran. "Dan orang (Ansar) yg mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mrka, mengasihi orang yg berhijrah ke negeri mrka, dan tidak ada pula dlm hati mrka perasaan berhajatkan apa yg telah diberi kpda org yg berhijrah itu dan mrka jg mengutamakan orng yg berhijrah itu lebih drpd diri mrka sendiri, sekalipun mrka dlm keadaan kekurangan dan sangat2 berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yg menjaga serta memelihara dirinya drpd dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka mrkalah orang yg berjaya" (Surah al-Hasyr ayat 9).
Sesuatu yg perlu diberi perhatian oleh jemaah ialah setiap ibadah termasuk umrah yg dikerjakan tanpa ilmu adalah sia2 krna beribadat tidak boleh dibuat scra ikut2an saja. Selok-belok pelaksanaan ibadat itu perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dgn sempurna ketika di Tanah Suci, tanpa bergantung kpda orang lain. Seperkara lg yg harus diingat ialah dua Tanah Suci itu ialah tanah berkat. Selain disebutkan dlm al-Quran, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW berkaitan Madinah dan Makkah yg patut diberi perhatian ketika berada di sana. Hadis riwayat Abu Hurairah ra: “Rasulullah SAW bersabda: Di setiap jalan Madinah itu terdapat malaikat (yg menjaga) agar tidak dimasuki wabak penyakit dan Dajjal.” (Kitab Sahih Muslim).
From '62 To Sixty Two
6 days ago
No comments:
Post a Comment