Islamic Clock

Wednesday, February 22, 2012

Tabiat Makan Si Manja

SI MANJA anda kini sudah pun berumur setahun. Carta pertumbuhannya menunjukkan berat lahirnya kini tiga kali ganda dan tingginya bertambah 30 peratus. Kini, dia mempunyai bbrp batang gigi, dapat menikmati makanan pejal, menyebut kata2 pertamanya serta mula bergerak bebas krna dia kini belajar berjalan dan berlari. Namun, semua ini hanya permulaan.

Pertumbuhan yg lebih pesat menantinya pada tahun akan datang dan dia memerlukan bimbingan anda untuk menuju ke zaman dewasa yg sihat. Inilah masanya utk amalan pemakanan yg baik dan tabiat makan yg sihat. Pemakanan pada 1,500 hari yg pertama dlm hidup anak anda akan mendatangkan kesan yg besar terhadap keseluruhan hidupnya. Tabiat makan yg sihat dipupuk pd peringkat awal kanak2 pula akan mengiringinya ke zaman dewasa.

Otak yg cerdas - Seawal umur dua tahun, otak anak anda akan mencapai 80 peratus drpd saiz dewasa! Pemakanan memainkan peranan penting dlm perkembangan otak dan fungsi kognitif. Misalnya, asid dokosaheksaenoik (DHA), sejenis lemak bermanfaat, diperlukan utk perkembangan otak. Mineral spti zink, zat besi dan iodin serta vitamin terutama B kompleks dan E amat penting. Otak jg memerlukan bekalan tenaga berterusan drpd glukosa utk fungsi mental dan kognitif.

Cara membantu - Tambahkan ikan berminyak, daging merah, ayam dan bijirin penuh kpda menu anak anda. Hidangan makanan biarlah kecil ttpi kerap utk bekalan tenaga yg sekata. Otot yg kuat - Pada masa kelahirannya, 25 peratus berat badan anak terdiri drpd ototnya dan kian bertambah sehingga mencapai 50 peratus ketika dewasa.

Cara membantu - Berikan protein mencukupi dlm diet hariannya krna pertumbuhan otot pada peringkat kanak2 amat dipengaruhi oleh pemakanan. Perkenalkan protein drpd sumber tumbuhan dan haiwan spti kekacang, daging, makanan laut, susu, telur dan ayam.

Tulang yg kuat dan senyuman yg berkeyakinan - Jisim tulang dibina dgn pesat pada peringkat bayi, kanak2 dan remaja. Gigi susu yg tumbuh pada peringkat awal kanak2 menggalakkan pengunyahan dan pemakanan yg lebih baik, membantu perkembangan dlm pertuturan dan membina keyakinan diri. Tahukah anda bahawa apabila gigi susu sedang tumbuh, tunas gigi kekal mulai dibentuk dlm gusi?

Cara membantu - Galakkan pengambilan susu dan produk tenusu yg kaya dgn kalsium dan fosforus utk gigi dan tulang selain ikan bilis dan sayuran hijau spti kailan dan brokoli. Pendedahan kpda cahaya matahari yg sederhana dan senaman jg disarankan.

Menentang jangkitan - Sehingga umur tiga atau empat tahun, sistem imun anak anda masih belum matang. Ini jg masa dia meningkatkan pergaulan dan penerokaan persekitarannya.

Cara membantu - Bakteria bermanfaat spti BL Bifidus(R) membantu melatih dan menguatkan sistem imun anak anda drpd mikro organisma berbahaya. Pemakanan yg baik pada tahun awal membawa kesan serta-merta mahupun jangka panjang terhadap kesihatan anak. Tetapi, memberi makanan kepada kanak2 bertatih tidak sentiasa mudah krna perut mrka kecil, selera tidak tetap dan mrka mungkin cerewet dgn makanan.

Demi mengoptimumkan pemakanan anak, hidangkan makanan yg padat nutrien iaitu makanan yg membekalkan byk nutrien walaupun hanya sedikit dimakan. Bijirin Bayi Nestle(R) Cerelac(R) dengan BL Bifidus(R) dgn protein, DHA, vitamin dan mineral yg dirumus khas utk memenuhi keperluan kanak2 bertatih adalah pilihan yg baik. Sesetengah varian jg mengandungi bijirin penuh yg kaya dgn serat utk mengurangkan risiko sembelit yg biasa berlaku pada peringkat bertatih.

No comments:

Post a Comment