Islamic Clock

Sunday, February 19, 2012

Pemuda Derita Kanser Tulang


Penderitaan pesakit barah tulang, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.55 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam. Anak bongsu drpd lima adik-beradik itu meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu mendapatkan rawatan di HTAA.

Menurut bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba2 sahaja pecah dgn mengeluarkan darah dan cecair. Kira2 segayung cecair yg keluar dari ketumbuhan tersebut dgn meninggalkan lubang sebesar bola ping pong. Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.

Ketumbuhan misteri seberat kira2 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan.

Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua," katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini. Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira2 100 orang.

Doktor memaklumkan kematian Allahyarham Mohd Zulhafiz, iaitu anak bongsu drpd lima beradik, disebabkan jangkitan kuman di paru-paru dan beberapa organ dalaman akibat penyakit yang dihidapinya.

Sementara itu, ibunya, Safiah Lebai Yahya, 58, berkata sebelum meninggal, anaknya sempat memohon kebenaran untuk "balik" kerana tidak tahan dengan kesengsaraan yang dihadapinya. Makcik izinkan permintananya tersebut dan redha dgn ketentuan Ilahi. Makcik mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yg memberi sumbangan dan mohon dihalalkan apa sahaja pemberian mereka kepada arwah.
AL-FATIHAH......

No comments:

Post a Comment