Islamic Clock

Thursday, February 9, 2012

Lata Chepor

Terdapat sebuah kawasan perkelahan yg menarik iaitu Kawasan Perkelahan Ulu Chepor. Air terjun Ulu Chepor terletak di Chemor , negeri Perak , Malaysia . Terletak kira2 10 km dari bandar Ipoh .Air terjun ini menyediakan kawasan rekreasi yg menarik spti pondok rehat, kerusi meja dan tempat persalinan . Sebuah pintu gerbang yg menarik jg telah dibina. Kawasan ini berada di pinggir Bandaraya Ipoh dan ia merupakan kawasan hulu sungai yg dimajukan menjadi pusat pelancongan. Ini terbukti bila Kawasan Perkelahan Ulu Chepor termasuk di dlm peta pelancongan Negeri Perak sbg salah satu drpd tempat menarik yg ada di Negeri Perak.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini telah dikomersialkan dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Banyak kemudahan yg terdapat di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini spti tandas, surau, kedai menjual makanan dan pondok2 kecil bg pengunjung berteduh. Jalan untuk menuju ke kawasan ini juga berada dlm keadaan yg baik.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor merupakan lokasi tumpuan penduduk di kawasan ini beristirahat atau berkelah. Selain dari pengunjung tempatan, kawasan ini jg semakin popular di kalangan pelancong luar. Keadaan air sungai yg bersih, air terjun dan batu-batan besar serta suasana redup dan tenang menjadikan sungai Ulu Chepor sesuai bagi aktiviti riadah sekeluarga.

No comments:

Post a Comment