Islamic Clock

Wednesday, February 1, 2012

Susu Ibu Mampu Tingkatkan Kepintaran Bayi

Info ini mama petik dari http://www.majalahsains.com untuk dikongsikan bersama para ibu2 yg lain.....

Mengapakah para ibu digalakkan utk menyusu bayi dgn susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yg menggembirakan dan ia adalah masa yg sgt mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kpda penyusuan susu ibu krna ia memberi kebaikan kpda ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan utk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yg ln selain drpd susu ibu.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik utk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dlm imbangan yg betul. Sebaik slps melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sbg kolostrum. Khasiatnya amat tinggi krna kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia jg mengandungi antibodi(immunoglobulins) yg tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yg mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit spti cirit2, selesema, bronkitis dan radang paru2.

Susu ibu jg mengandungi nutrien tertentu yg amat kritikal utk perkembangan otak dan ia membantu dlm meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yg disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia jg memberi peluang kpda ibu dan anak utk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak krna sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yg masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mrka dpt merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mrka lebih mendalam pada ibunya dlm proses penyusuan ini.

Selain itu, terdapat jg kebaikan terhadap ibu yg menyusui bayi sejak kelahiran anak mrka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kpda saiz yg asal dgn cepat serta mengurangkan pendarahan slps bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dgn cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yg seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yg ideal scra tidak langsung krna penyusuan ibu dgn sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.

Menyusukan anak adalah tugas yg murni, penting dan istimewa bg seorg ibu. Pd masa ini, kesihatan bayi dan ibu dlm negara2 yg membangun mendapat perhatian yg penting. Yg dirisaukan ialah banyak ibu di bandar dan jg sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lg susu bg anak mrka. Di negara2 barat yg maju, keadaan menunjukkan ibu2 sudah memberi semula susu bg anak2 mrka ttpi di negara2 membangun spti Malaysia, ibu2 lebih suka memberi anak2 susu botol drpd susu mrka sendiri.

Mengapakah perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yg menghalang penyusuan adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mgkn berasa sakit ttpi stlh susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yg puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sbg persediaan. Faktor seterusnya ialah bengkak susu yg disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dlm buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat scra memakan ubat yg diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dgn menggunakan air suam. Selain itu, sebab2 yg ln mgkn disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dlm badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak krna kena bangun pada waktu malam dll. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu bolehlah ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil2 dan kisar sehingga halus. Slps itu campurkan dgn segelas air suam dan diminta minum sebanyak 2 kali sehari.

Sehingga setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah berbanding dgn negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di hospital seluruh negara untuk memupuk ibu2 menyusukan bayi2 lebih sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah satu program antarabangsa yg dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yg mempunyai matlamat yg sama. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan latihan untuk pekerja dlm sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya, WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial, pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan ibu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dgn susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yg sehabis murni dan suci drpd seorang ibu yg sedang menyusukan anak kecil dgn memeluk anak itu rapat di badannya. Dgn memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dgn penyusuan itu, semua kemahuan asas anak2 dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dgn baik dan teratur smsa dewasa kelak.

No comments:

Post a Comment