Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan. Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua. Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri, di FELDA Jengka 8, Jerantut, hari ini..
Peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah ‘durian runtuh’ yg dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada peneroka setia memaju dan mengusahakan ladang sawit dan getah sejak 40 tahun lalu. Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji kerajaan ketika pengumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan. Durian runtuh ini bukan setakat memberi manfaat kepada peneroka, malah isteri, anak dan cucu, termasuk generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka FELDA serta pekerja dlm sektor perladangan kelapa sawit yg dianggarkan berjumlah dua juta orang. Ia akan dibayar lebih drpd dua kali kerana jumlahnya yg besar. Terpulanglah kepada peneroka bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk keluarga dan masa depan. Wang durian runtuh itu diperoleh menerusi pelbagai sumber dana dalaman FELDA yg akan diperoleh semula apabila proses penyenaraian FGVH selesai.
Masyarakat luar FELDA mungkin bertanya mengapa peneroka FELDA menerima pelbagai sumbangan. Hakikatnya, dana itu bukan drpd kerajaan, sebaliknya dana dalaman FELDA sendiri. Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad, berkata ia adalah pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu. Ia bagi mengiktiraf penat lelah peneroka memajukan tanah yg pada masa itu tidak memiliki bekalan elektrik dan sistem jalan raya yg baik. Nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud ‘durian runtuh’ kerana ia dibuat sbg satu lonjakan berganda kepada bonus peneroka. Sehubungan itu, semua warga FELDA akan meraih pelbagai manfaat dan faedah ketara hasil pemberian wang berkenaan.
Dalam pada itu, seorang pemerhati pasaran, berkata semua 112,635 warga FELDA bakal meraih sekurang2nya empat manfaat drpd penyenaraian FGVH.
Sbg permulaan, mereka ditawarkan borang biru dlm tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian yg melayakkan mereka melanggan sejumlah saham dlm FGVH. Mereka jg mendapat dividen tambahan menerusi sebuah tabung amanah berdaftar yg memegang 20 peratus kepentingan peneroka dlm FGVH, dianggarkan bernilai RM3.7 bilion. Selain itu, walaupun Koperasi Permodalan FELDA Bhd (KPF) tidak menjadi sebahagian drpd pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih mendapat dividen daripada KPF menerusi pelaburannya dalam Felda Holdings Bhd (FHB). Manfaat keempat pula adalah penyenaraian FGVH tidak membabitkan pindah milik tanah peneroka dan mereka akan terus menikmati hasil drpd ladang yg mereka uruskan. Penyenaraian hanya membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA yg akan dipajak oleh FGVH. Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka yg berjumlah 500,000 hektar. FGVH yg dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion apabila disenaraikan.
From '62 To Sixty Two
3 days ago
No comments:
Post a Comment