Jabatan Meteorologi keluar amaran peringkat jingga untuk Kuala Lumpur, Selangor
Banjir kilat melanda tengah bandar ini selepas hujan lebat tanpa henti selama lebih dua jam bermula lewat tengah hari, menyebabkan air naik sehingga paras lutut bermula di Pasar Kajang dekat Jalan Bukit dan sekitar pusat tumpuan ramai di Jalan Tun Abdul Aziz, semalam.
Peniaga dan pengunjung yg ditemui berkata, paras air naik secara tiba2 selepas satu jam hujan lebat bermula jam 1.30 petang, dipercayai dibawa arus dari arah kawasan Pasar Kajang setinggi paras lutut sebelum memenuhi sekitar pusat beli-belah Plaza Metro. Bagaimanapun, air mula surut dgn pantas sebaik hujan berhenti sekitar jam 3 petang. Kawasan berkenaan kemudian ditimbuni pelbagai sampah sarap termasuk sisa sayur dan plastik, dipercayai datang drpd pasar berkenaan, manakala sebahagian jalan pula dipenuhi lumpur. Peniaga bunga di Pasar Kajang, Low Kim Teck, 65, berkata beliau dan seorang pekerjanya sempat menyelamatkan barangan jualan termasuk kenderaannya ke tempat selamat apabila melihat paras air sungai di tepi pasar berkenaan mula melimpah sehingga ke tebing lantai pasar setinggi paras lutut.
Hujan lebat serta angin kuat bermula sebaik kebanyakan peniaga menutup kedai masing2. Ketika itu, saya sedang makan apabila melihat paras air semakin naik menyebabkan kami tergesa2 memindahkan semua bunga dan kenderaan yg diletakkan di tepi gerai. Keadaan agak menakutkan kerana arus air agak laju dan boleh menyebabkan barangan jualan hanyut. Masalah banjir dipercayai berpunca drpd tabiat orang ramai yg suka membuang sampah dalam sungai menyebabkan sungai semakin sempit. Lebih memburukkan, saiz longkang yg kecil tidak dapat menampung jumlah limpahan air dari sungai.
From '62 To Sixty Two
3 days ago
No comments:
Post a Comment