1. Urutan Perineal
Urutan yg dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan krna ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yg bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula drpd minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.
Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar2 bersih. Urutan ini boleh dilakukan dgn menggunakan minyak tertentu yg berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dll. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat drpd doktor terlebih dahulu.
2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yg demikian, otot berkenaan boleh mengembang dgn lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim. Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yg boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.
3. Teknik Pernafasan
Di minggu2 terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap spti berjalan2 selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yg bakal anda aplikasikan ketika dlm proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai krna ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.
4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu2 akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.
5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dgn lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yg tergopoh2 akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yg lama. Sikap yg tenang dan selesa dapat menghindarkan anda drpd menerima apa2 jg jenis alat bantuan kelahiran spti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.
6. Teman Kuat Semangat
Apa yg paling penting dlm memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan drpd yg tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dgn segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yg dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yg kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dgn kesakitan untuk melahirkan bayi.
Selain drpd suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yg lain untuk menemani. Oleh yg demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yg bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain drpd suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah spti takut darah, lemah semangat dll.
7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dgn berjalan2 dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dgn betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan2 di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.
8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.
9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.
From '62 To Sixty Two
3 days ago
No comments:
Post a Comment