Islamic Clock

Wednesday, May 30, 2012

CEUPACS Minta Kaji Gaji Pembantu Tadbir

CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu drpd gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42. Cadangan itu bg membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yg dikelompokkan dlm kumpulan sokongan kerajaan.

CUEPACS jg mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kpda pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bg melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yg melicinkan urusan pentadbiran. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kpda kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yg akan ditubuhkan tidak lama lagi. Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dlm bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor. Cadangan dibawa kpda suruhanjaya yg akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yg kini dibayar RM926.60 sebulan. Gred (minimum) jawatan jururawat jg U19, jadi (gred bg jawatan) pembantu tadbir kerajaan jg perlu dikaji semula. Kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yg mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kpda organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik. Maknanya (bg gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yg layak sahaja.

No comments:

Post a Comment