Islamic Clock

Friday, May 4, 2012

Komplikasi Jantung Punca Bob Kuman Meninggal

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2012: Pelawak, pelakon dan penyanyi Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman, 41, telah disahkan meninggal dunia di rumahnya, di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang, semalam, berikutan komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini, adik Allahyarham, Syahrin Madzmin, berkata Bob meninggal dalam tidur berikutan komplikasi penyakit yg dihadapi dan keadaan itu disedari isterinya yg cuba mengejutkannya. Arwah dipercayai menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair dan obesiti. Masalah sesak nafasnya bertambah teruk serta berlarutan sejak penghujung tahun lalu. Dia yg terbabit dgn penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak ketika itu berdepan masalah penafasan teruk apabila miang buluh masuk menerusi hidung dan mengakibatkan pendarahan banyak.

Suasana pilu menyelubungi kediaman Allahyarham, malah emak, Khatijah Yasin, 69, dan isteri Allahyarham, Norma Othman, 29, enggan ditemubual. Turut tidak dapat menahan kesedihan ialah rakan artis yang paling akrab dengannya, Saiful Apek. Antara yg menziarah ialah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Harun Salim Bachik; Pemangku Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, Datuk Hattan, Adlin Aman Ramlie, Enot, Aqasha, Azlee dan Wahid Senario.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5, di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan, selepas solat Isyak. Difahamkan, jenazah dijangka dikebumikan selewat2nya pagi ini di Tanah Perkuburan Kampung Sega Hulu Kuala Sawah, Negeri Sembilan di atas permintaan keluarga.

No comments:

Post a Comment