Islamic Clock

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Salam Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman, AL-FATIHAH.....
SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara. Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira2 dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia. Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yg bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia. Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang2 yg mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yg dialaminya ketika ini. Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya. Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yg menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan. Jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment