Islamic Clock

Friday, May 4, 2012

Dinosaur Kembali Di Pusat Sains

Pameran Dinosaur ‘Hidup Semula’ kembali diadakan di Pusat Sains Negara buat kali kedua dgn menampilkan lebih 30 spesies haiwan purba berkenaan dgn pendekatan lebih interaktif dan realistik menggunakan teknologi animatronik.

Pengarah Pusat Sains Negara, Prof Madya Dr Irmawati Ramli, berkata pameran selama tiga bulan berkenaan bermula secara rasmi semalam, akan membawakan pengalaman menyeluruh merangkumi habitat, maklumat mengenai penemuan haiwan itu, pergerakan juga bunyian dan banyak lagi. Pameran dilancarkan secara rasmi hari ini (semalam) adalah anjuran bersama Cityneon Holdings dan EMS Holdings, bermula 1 Mei hingga 31 Julai dgn tujuan memberi pendidikan secara berhibur pada zaman prasejarah mengikut spesies yg ada. Antara aktiviti disediakan adalah lawatan berkumpulan, sesi aktiviti, pertandingan berlumba dgn dinosaur, kiosk dinosaur (mewarna dan melukis), ekspedisi dan menunggang haiwan berkenaan.

Bayaran masuk RM15 bagi dewasa dan RM12 untuk kanak2 berusia antara 7 hingga 12 tahun, pelajar dgn kad pengenalan, serta percuma bagi kanak2 berumur bawah enam tahun. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.dinosaurslive.con.my atau www.facebook.com/dinosaurslive.my.

No comments:

Post a Comment