KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan bg nombor pendaftaran WWW 1 dgn nilai RM520,000, harga tertinggi bagi siri nombor pendaftaran WWW.
Selain baginda, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berada dlm senarai lima pembida tertinggi selepas memenangi nombor pendaftaran WWW 5 dengan harga RM220,000. Keputusan bidaan nombor pendaftaran itu dimuat naik dalam laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam. Bidaan itu dibuka selama 15 hari bermula 30 April lalu hingga 14 Mei lalu.
Tiga lagi pembida tertinggi adalah syarikat One Power International Sdn Bhd bagi nombor pendaftaran WWW 3 dengan harga RM360,000, Aspen Sunrise Sdn Bhd bagi WWW 9 (RM350,000) dan Lim Yan Hai bagi WWW 8 (RM280,500). Nombor pendaftaran WWW 333 menerima bidaan terbanyak iaitu 84 dan dimenangi Titan Pristine Sdn Bhd dengan harga RM110,036.
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman, berkata keputusan bidaan berkenaan merangkumi 4,908 nombor dalam siri WWW yang dibida. Sementara itu, baki 5,091 akan menjadi nombor semasa apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran bermula 15 Jun ini. Khamis lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata nombor pendaftaran WWW 1 mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini, mengatasi rekod dicatatkan MCA 1 pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100.
Sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima sepanjang tempoh bidaan dibuka dan kutipan hasil daripada pembida berjaya dianggarkan berjumlah RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
From '62 To Sixty Two
3 days ago
No comments:
Post a Comment