Islamic Clock

Friday, May 4, 2012

Jenazah Bob Kuman Selamat Dikebumikan

Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yg meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau, kira2 11.30 pagi tadi. Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira2 jam 4.40 petang semalam. Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. Kira2 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada jam 11.15 malam tadi. Katanya, Allahyarham adalah anak sulung drpd tujuh beradik. Sementara itu, Saiful Apek pula berkata, hubungan beliau dgn Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas. Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lalu. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dgn telefon. Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis.

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman supaya memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan. "Kita sama2 berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman,"

No comments:

Post a Comment