Islamic Clock

Thursday, June 30, 2011

Khasiat Buah Durian Belanda

KHASIAT BUAH DURIAN BELANDA 10 KALI GANDA KUAT DARI KEMOTERAPI?

Mama cukup tertarik mengenai Buah DURIAN BELANDA. Mungkin ramai tak tahu dan mama pun sebenarnya baru tahu yg buah ini mempunyai banyak kebaikan dan merupakan Pembunuh semulajadi Sel Kanser. Apa yg menarik adalah mengenai kekuatan buah ini yg dikatakan 10 ribu kali ganda kuatnya dari kemoterapi. Kenapa tak diwarwarkan selama ini dan kenapa segelintir yg tahu mengenai khasiat buah ini?

So skrg nie mama tengah usaha untuk dapatkan Buah Durian Belanda nie untuk cuba merawat adik mama. Alhamdulillah, pagi tadi Abg Ngah mama dah jumpa buah ni ada jual kat (lupala plak nama tempatnya).....Harga sekilo dlm belas2 jg la. Alhamdulillah, bersyukur akhirnya jumpa juga ape yg dicari.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yg sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sbg anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yg kurang baik.

RAMAI yg tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Buah Durian Belanda yg buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yg tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang drpd mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yg inginkan zuriat. Bg ibu yg baru melahirkan anak, digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, hasil kajian yg dijalankan mendapati, bahan yg terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sbg aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yg terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yg mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Mama EL Semalam

Semalam mama terpaksa ambik EL, ape nak buat anak mama xsihat. Kali nie Kak Iqa plak yg kene chiken pox, nak xnak terpaksala ambik EL. Cikgu sekolah Kak Iqa awal2 lg call bgtau Kak Iqa kene chiken pox dan pesan jgn datang sekolah dulu selagi xsihat betul2. Bukan ape, chiken pox nie kan berjangkit. So minggu nie mama dan papa terpaksala bergilir2 ambik cuti.

Mama dan papa doakan semoga Kak Iqa cepat2 sumbuh dan boleh ke sekolah cam biasa, Insyaallah.

Monday, June 27, 2011

Kesihatan Adikku

Syukur Alhamdulillah hari Ahad yg lepas bersamaan 26hb. Jun 2011, Pak Su dah dapat kuar wad pengasingan dan dok dlm wad biasa cam dulu smla, itu satu perkembangan yg sihat buat Pak Su. Marilah kita sama2 doakan semoga kesihatan Pak Su bertambah baik.

Rawatan kimo pun sudah disambung semula macam biasa, Doktor meneruskan rawatan kimo tambahan selang sehari yg masih berbaki lg dua sesi n kimo asas yg masih berbaki lg dua sesi. Semoga Pak Su tabah dan kuat mengharunginya, ini semua adalah dugaan Allah swt kpda kita semua. Insyaallah setiap penyakit pasti ada penawarnya, yg penting kita mesti berusaha, tabah dan sabar mengharunginya.

Friday, June 24, 2011

Perjumpaan Ibubapa

Hari Sabtu, 25hb. Jun 2011, pihak Prasekolah mengadakan Majlis Perjumpaan bersama Ibubapa bagi melihat perkembangan persekolahan anak2 dan menandatangani Buku Rekod Laporan Pelajar bg pertengahan tahun 2011.

Hari Ahad pula, 26hb. Jun 2011, Jawatankuasa Penduduk akan mengadakan Majlis Gotong-royong sekitar taman perumahan dan semua penduduk dikehendaki hadir untuk sama2 menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Birthday Mama


24hb. Jun, arini adalah birthday mama, pagi2 lg Papa n Kak Iqa dah wish besday utk mama. Thanks a lots. Jgn lupa bg hadiah untuk mama tau...he2he2.....

Inilaa kek besday mama, permintaan anak2 nak juga bl kek besday untuk mamanya....

Lilin kat atas kek tu permintaan kak Iqa dan Abg Syahmi la....

Thursday, June 23, 2011

Production Makin Bertambah


Alhamdulillah, production dah makin bertambah sehari dua nie. Berkat usaha dan kesabaran kita pasti akan berjaya. Mama masih kena teruskan usaha mama untuk terus mempertingkatkan lagi production. Ape2 pun mama kene tenangkan fikiran mama, xboleh nak fikir2 sangat nnti production akan jadi lg down.

Bakul Untuk Anak2 Mama

Alhamdulillah, akhirnya dapat jg mama beli bakul kain untuk anak2 mama, almaklumla bakul kain yg lama tu dah rosak. Bakul lama tu nampak elok lg cuma tangkainya ajer yg uzurnya, dah abis smua skrunya tanggal dari tapaknya. Kak Iqa dah bbrpa kali tanya bila mama nak tukar bakul lain bakul nie dah xcantik dah katanya.... dah koyak dah tangkainya....

So arini ada carboot sale kat UPM, mama g la jengok2 kot ada Pak Cik jual bakul tu datang. Alhamdulillah, syukur... Pak Cik jual bakul tu datang bulan nie so mama terus jer la beli bakul tu untuk kemudahan anak2 mama juga.....cam mn cantik tak bakul baru nie Kak Iqa????

Wednesday, June 22, 2011

Gelora Perasaan

Sejak kebelakangn nie mama rasa mcm tak berapa happy sangat, biasalaa ini adalah lumrah kehidupan... mcm2 dugaan dalam hidup nie. Adakalanya kita gembira, adakalanya kita sedih. Macam2 yg nak difikirkan, macam2 yg nak diuruskan, masalah kesihatan adik mama jg merupakan salah satu faktor yg membuatkan fikiran mama tak tenteram dan gundah gulana. Inilah dugaan dan hakikat yg amat berat untuk mama sekeluarga untuk menerima dan mengharunginya.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau kuatkanlah dan kau Tabahkanlah hati mama dan keluarga mama untuk terus berjuang untuk mengharungi gelombang kehidupan ini. Kau berilah kami sekeluarga peluang untuk kami sekeluarga membuat yg terbaik demi untuk kesihatan adik. Doa2kanlah semoga adik akan cepat2 sembuh seperti sediakala...Insyaallah..

ctt: rawatan kimo kali ke 4 yg sepatutnya pada hari Jumaat, 17hb.Jun 2011 xdapat dijalankan kerana adik demam. Adik mulai demam sejak DR. mulakan rawatan untuk kimo tambahan pd hari Ahad, 12hb. Jun 2011 yg lalu. Rawatan kimo yg seterusnya hanya akan dimulakan bila keadaan kesihatan adik bertambah baik.

Tuesday, June 21, 2011

Production Down


Sejak pulih dari chiken pox nie mama perasan production susu agak down sedikit berbanding biasa. Mungkin badan penat, letih ker atau kesan dari ubat tak pastila plak mama... tapi sejak dua hari nie susu sedikit berkurangan berbanding biasa...tp mama tetap pump cam biasa dan pastikan yg mama akan bawa pulang hasil pump atlest 15oz ke 20oz jgak dlm sehari. So mama kene lebihkan sesi pump skrg nie untuk membantu meningkatkan lg production susu. Doa2kanlah semoga mama akan terus sucsess dlm usaha mama untuk terus menyusukan Adik Iesya atleast 2 tahun berjaya, Insyaallah......

Sunday, June 19, 2011

Jalan2 Di Taman

Biasalah petang2 minggu ni mama n papa bawa anak2 jalan2 kat taman permainan, demi untuk memenuhi permintaan anak2.........

Layan jer laa celoteh, lagak n aksi anak2 kalau dah dapat bermain, seronok sesangat sampai tak nak balik umah nak bermain ajee....

Father's Days

Hari ini 19hb. Jun adalah hari bapa. So sempena hari bapa hari ini mama ucapkan selamat Hari Bapa buat ayahku tersayang n tercinta yg telah membesarkanku dan telah mendidikku dgn sebaik2nya. Mama bersyukur di atas segalanya. Alhamdulillah.....

Selamat Hari Bapa juga kpda smua bapa2, semoga sabar dalam mendidik anak2mu....

Thursday, June 16, 2011

Chiken Pox

Mama kene chiken pox la plak, dugaan betul hidup nie.........patutla masa g keje ari selasa tu mama rasa cam kurang selesa sikit, cam nak demam pun ada, rupa2nya chiken pox tu dah mula naik sbnrnya. Balik keje petang tu mama ambil anak2 dan terus g klinik, Dr. kata mmg sah dua2 kene chiken pox. Biasalaa chiken pox nie kan penyakit yg berjangkit. Kali nie turn mama dan Adik Iesya plakla yg kene. Abg Syahmi dah hampir pulih cuma tinggal parut2 je lg yg belum baik sepenuhnya. Doktor kata kalau budak2 yg kene xper ia mudah pulih tapi bg org dewasa lambatla nak pulihnya. So Doktor bg mama ubat 'antivirox' untuk menghalang/mengurangkan drpd bintik2 tu tumbuh dgn banyak. Alhamdulillah mama dah beransur pulih.......

Monday, June 13, 2011

Juara AF9


Peserta yg pernah gagal dlm konsert prelude Akademi Fantasia musim keempat lalu, Hazama menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pd final pertandingan program realiti itu yg diadakan di Dataran Putrajaya, Precint 3, di sini malam tadi.

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi yg diserap masuk pd minggu keempat bg menggantikan dua peserta yg disingkirkan menerusi Ops Gugur, menewaskan tiga finalis lain. Kemenangan itu membolehkan peserta berusia 26 tahun itu membawa pulang hadiah utama wang tunai RM200,000,trofi sumbangan Astro,hamper n wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root berserta sebuah kamera Sony Handycam yg disampaikan Pengetua AF9, Amy Search.

Pada pertandingan yg diadaptasikan drpd program La Academia dari Mexico sejak 2003 itu, Hazama menyanyikan lagu berjudul Cinta Teragung dan Pukau yg dipopularkan oleh Tomok. Tempat kedua diungguli peserta dari Sabah, Lenaber Haidir atau Lena yg membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah trofi, sebuah hamper dan wang tunai bernilai RM2,000 sumbangan Power Root serta sebuah kamera Sony Cybershot. Sementara, tempat ketiga dan keempat masing2 dimenangi oleh Fina atau Nur Syafinaz Jebat dan Mohamad Azri Abdullah atau Azri.

Semua senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria. Selain juri tetap, Hattan dan Ogy Datuk Ahmad Daud, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS. Istimewanya Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Sembilan ini turut dimeriahkan dgn persembahan istimewa oleh himpunan lapan bekas juara Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga kelapan iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7).

AF9 adalah edisi terakhir drpa siri program realiti popular itu selepas hampir sedekad bersiaran.

Sunday, June 12, 2011

Kelantan Cuti Umum

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan cuti umum bg seluruh Kelantan hari ini, bg memberi peluang kpda rakyat Kelantan yg menonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, pulang ke Kelantan dlm keadaan selesa dan tidak tergesa2. Nik Abdul Aziz berkata, cuti umum itu diambil atas sebab cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dgn Terengganu.

Cuti umum ini sbg memberikan ruang selesa kpda penyokong pasukan Kelantan yg menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional untuk pulang ke Kelantan. Pengumuman mengenai cuti itu turut dibuat menerusi laman sosial Facebook Nik Abdul Aziz. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar slps solat Zuhur, semalam.

Perbincangan dibuat slps melihat terlalu ramai rakyat Kelantan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir Piala FA. Justeru, bg memudahkan perjalanan mrka dan melihat drpd segi faktor keselamatan di jalan raya, cuti diisytiharkan esok (hari ini). Penyokong Kelantan diharap dapat pulang dlm keadaan tenang dan tidak tergesa2.

Berhari Minggu Bersama Anak2

Minggu nie mama berhari minggu bersama anak2 aje, ape nak buat papa keje part time plak minggu nie.....tolong kawan kata papa....boringnya mama dok umah jer, nak kuar malas plak sorang2 mama nak bawa anak2 jalan2 nnti tak terlayan mama sorang.

Boringnya ape nak buat nie....akhirnya mama kemas rumah mana yg termampu.... mana larat nak kemas semua ngan anak2 lg tak terbuat mama sorang2.... mama mana boleh dok diam boring la jawabnya.... akhirnya mama kemas rumah, kemas bilik, basuh toto, basuh langsir, sapu sampah, mop lantai dll utk isi masa terluang sambil melayan kerenah anak2.....

Juara Piala FA 2011


TAHNIAH Terengganu menjadi JUARA Piala FA 2011...........

Gara2 tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kpda Terengganu muncul juara Piala FA 2011 stlh menewaskan Kelantan 2-1 pd aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yg berlarutan hgga ke masa tambahan malam tadi.

Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pd minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu. Dgn perlawanan dijangka sekali lg akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut2, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yg dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA stlh melakukannya kali pertama pd tahun 2000. Manakala Kelantan yg dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA stlh percubaan kali pertama mrka pd 2009 dikecewakan oleh Selangor.

Saturday, June 11, 2011

Adik Iesya @ 10 Month

10 Jun 2011 yg lepas Adik Iesya telah genap 10 bulan. Alhamdulillah, Adik Iesya masih lg fully BF. Adik Iesya juga sudah mula berani berdiri sendiri dan mula belajar bertatih tapi masih lum berjaya sepenuhnya untuk berjalan sendiri...just baru boleh berdiri jatuh. Mama doakan semoga Adik Iesya cepat2 boleh berjalan sebelum usianya mencecah setahun...Insyaallah....

Kemuncak Piala FA 2011

Kemuncak Piala FA 2011 (Kelantan lwn Terengganu)

Detik-detik penuh mendebarkan malam ini! Marilah kita sama2 Saksikan! Pasukan manakah yg bakal bergelar JUARA Piala FA 2011.

Suasana dalam stadium? Bingit. Tentera merah = 3/4 full seat!
Gomo Kelate Gomo atau Peteh Ganu Peteh?

Jom sama2 kita saksikan........

Milik Siapa Piala FA


FINAL Piala FA 2011 antara Kelantan dgn Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bakal mencatat sejarah tersendiri. Mana2 pasukan yg muncul juara bakal dikenang sbg pasukan terakhir menjulang trofi yg mula diperkenal pd final edisi 2005 itu. Ini krna, satu trofi baharu akan diperkenalkan bermula pd Piala FA musim depan menggantikan trofi sedia ada itu yg hanya sempat digunakan untuk tujuh edisi final.

Sebelum itu, trofi pertama Piala FA digunakan pada 15 edisi terdahulu iaitu dari 1990 hingga 2004 dan pasukan Perak selaku juara pada final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan terus trofi tersebut.

“Kelantan tak pernah menang Piala FA setelah percubaan pertama pd 2009 gagal. Jadi ini kali kedua Kelantan melangkah ke final n inilah peluang kita untuk bergelar juara. “Harap Kelantan jadi penerima terakhir trofi ini dan dipertimbangkan untuk simpan terus trofi ini,” kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim pada sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam. Namun tidak semudah itu buat Kelantan bergelar juara Piala FA buat pertama kali dlm sejarah krna Terengganu berhasrat menjulang Piala FA buat kali kedua selepas muncul juara pada tahun 2000.

Dalam pd itu, pihak polis akan menempatkan seramai 2,600 anggota keselamatan di dalam dan luar stadium bg mengawal kehadiran kira2 85,000 penonton kedua2 pasukan malam ini.

Thursday, June 9, 2011

Pindah Wad Kaca

Petang selasa yg lepas (7hb. Jun 2011), Pak Su dipindahkan ke wad pengasingan (atau dipanggil wad kaca), ini adalah untuk mengelakkan drpd terdedah kepada jangkitan. Ini adalah kerana tahap darah yg rendah akan menyebabkan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan. Di wad kaca, kehadiran pelawat adalah dikawal keluar masuknya. Hanya seorang sahaja pelawat dibenarkan masuk dalam satu2 masa. Jika di wad biasa pesakit akan terdedah kepada umum. Ini adalah tidak elok untuk kesihatan pesakit.

Tuesday, June 7, 2011

Leukimia

Leukemia adalah sejenis penyakit kanser darah di mana, sum-sum tulang tidak dapat berfungsi sbg pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (platelet darah). Ini menyebabkan sel-sel darah putih yg tidak normal n tidak matang terhasil di dlm tubuh. Apabila sel darah putih terlalu banyak di dlm badan mengakibatkan ssorg itu menjadi pucat (anemia), xbermaya n daya tahan melawan penyakit jg menjadi lemah.

Leukemia jg dikenali sbg sekumpulan penyakit yg bersifat malignan (merebak), apabila kenaikan bil.leukosit (sel darah putih) tertentu yg xmatang @pun abnormal berlaku. Ini mengakibatkan kenaikan kecenderungan terhadap penyakit spti anemia dan pendarahan. Gejala2 ln termasuk pembengkakan limpa, hepar dan nodus2 limfa.

PEREDARAN DARAH
Darah dipam oleh jantung ke seluruh tubuh sejauh lebih 150,000 km setiap hari. Antara fungsi darah ialah membekal oksigen, hormon2 dan tenaga ke seluruh sel tubuh. Darah jg membantu mengalir keluar bahan2 sisa dan membantu di dlm melawan jangkitan. Darah terdiri drpd cecair yg jernih dikenali sbg plasma & tiga jenis sel:
1. Sel darah merah, yg berfungsi menghantar oksigen dan tenaga ke seluruh sel.
2. Sel darah putih, yg berfungsi sebagai sistem pertahanan.
3. Platelet, yg berfungsi membantu membekukan darah bila terluka.

Jika tubuh badan kita kekurangan sel darah merah, maka kita akan mengalami anemia. Jika ini berlaku, maka kita akan kelihatan pucat, pening kepala, tidak bermaya dan sentiasa letih.

Sel darah putih pula diperlukan bagi mempertahankan tubuh drpd jangkitan dan serangan virus jahat. Pengurangan sel darah putih meningkatkan risiko mendapat jangkitan kuman jahat.

Manakala platelet pula diperlukan untuk membantu darah kita membeku ketika mendapat luka. Penurunan jumlah platelet mungkin menyebabkan pendarahan yg lama atau tubuh kita mudah lebam.

JENIS LEUKEMIA
Leukemia merupakan kanser sel-sel yg membentuk darah. Leukemia menyebabkan sel darah putih yg belum matang terhasil. Sel darah putih yg belum matang ini dikenali sbg blas leukemia. Ia tidak boleh menjalankan fungsi2 sel darah putih yg normal spti biasa. Sel-sel ini akan terkumpul di dlm sum-sum tulang dan melimpah ke dlm darah serta akhirnya merebak ke dlm organ2 ln spti hati, limpa, paru2 dan buah pinggang. Sehingga jk tidak dirawat dr awal ia akan merebak masuk ke dlm cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang (central nerve system). Apabila sel-sel darah putih yg belum matang ini terkumpul di dalam sum-sum tulang, menyebabkan sum-sum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah merah, sel-sel darah putih yg matang dan platelet yg mencukupi.

Leukemia boleh terjadi dlm bbrp bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dgn cepat di dlm masa bbrp hari shja. Ini dikenali sbg leukemia akut. Manakala sesetengahnya berkembang dgn kadar yg agak perlahan dlm bbrp bulan dan tahun. Ini merupakan leukemia kronik. Penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis2 darah putih yg terlibat. Leukemia myeloid ialah leukemia yg melibatkan granulosit-granulosit manakala leukemia limfoid melibatkan limfosit-limfosit.

Antara jenis leukemia ialah:
1. ACUTE LYMPHOID LEUKEMIA (ALL)Leukemia limfoid akut bisaanya terjadi kpda kanak2 dan merupakan peratusan yg kecil di kalangan orang dewasa.

2. CHRONIC LYMPHOID LEUKEMIA (CLL)Leukemia ini jg menjejaskan limfosit2, ttpi berkembang dgn lebih perlahan drpd leukemia limfoid akut.

3. ACUTE MYELOID LEUKEMIA (AML)Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak2 dan remaja.

4. CHRONIC MYELOID LEUKEMIA (CML)Leukemia myeloid kronik boleh terjadi pd semua peringkat umur, tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun.

Penyakit Leukemia

Jom kita kongsi bersama sedikit info yg mama baca di internet :-

S1 : Apakah penyakit leukemia?
Penyakit leukemia adalah sejenis barah sel di mana berlakunya proliferasi sel-sel darah putih yg tidak terkawal. Ini mengakibatkan penghasilan bilangan sel-sel darah putih tak normal yg tinggi bilangannya. Sum-sum tulang yg menghasilkan sel darah merah dan sel platelet tidak akan berfungsi dgn normal disebabkan oleh bilangan sel putih yg terlampau banyak ini.

S2 : Berapa ramaikah pesakit leukemia ditemui tiap2 tahun?
Di Hospital Universiti, Kuala Lumpur seramai 147 pesakit barah ditemui pada tahun 1993. 74/147 (50%) terdiri daripada pesakit akut limfosifik leukemia (ALL), 13/147 (9%) leukemia mieloid akut (AML) dan 2/147 (1%) leukemia mieloid kronik (CML).

S3 : Apakah etiologi penyakit leukemia?
Penyakit leukemia berlaku dgn proliferasi klonal tak terkawal dr satu sel progenitor yg tidak normal. Terdapat bbrpa faktor yg dikatakan terlibat dlm menyebabkan keadaan tersebut :
1.Keturunan
2.Dedahan kepada bahan kimia (seperti benzen, ubat sitotoksik)
3.Dedahan kepada pancaran radiasi
4.Infeksi Virus (seperti HTLV – 1)

S3 : Apakah jenis2 leukemia?
Pada amnya ada berbagai jenis leukemia. Jenis yg paling kerap ialah akut lymphosifik leukemia.Salah satu leukemia yg jenis akut ialah leukemia mieloid akut. Klasifikasi kedua dua jenis leukemia terpulang kpda morphologi sel-sel leukemia yg dilihat oleh pakar haematologi.

S4 : Apakah gejala dan tanda2 leukemia?
Pesakit yg mengidapi penyakit leukemia biasanya berjumpa dgn doktor bg masalah2 tersebut :
1.Akibat kegagalan sum-sum tulang
(a)Pucat, kelemahan, cepat penat & sesak nafas disbbkan kekurangan sel darah merah (anemia)
(b)Demam, jangkitan bakteria paru2, kulit, mulut dsbnya termasuk sepsis disebabkan kekurangan daya tahanan badan.
(c)Pendarahan yg mudah dan berlebihan disebabkan kekurangan sel darah platelet (trombositopenia)

2.Akibat infiltrasi organ oleh sel-sel leukemia
(a)Sakit-sakit sendi dan tulang
(b)Pembesaran kelenjar-kelenjar limfa (lymphadenopathy)
(c)Pembesaran hepar dan limpa (hepatosplenomegaly)
(d)Pembesaran buah zakar dalam pesakit lelaki

S5 : Apakah caranya untuk menentukan diagnosis leukemia?
Terdapat bbrpa ujian yg perlu bg pesakit2 yg disyaki mengidap penyakit leukemia.
1.Pemeriksaan kuanitatif darah (full blood count)
2.Pemeriksaan kuantitatif darah melalui pemeriksaan filem darah (peripheral blood film)
3.X-ray dada
4.Pemeriksaan sum-sum tulang – ini merupakan ujian paling penting dlm diagnosis pesakit leukemia.
5.Pemeriksaan cecair serebrospina – ini adalah untuk menentukan samada sel-sel leukemia telah menyerang sistem saraf dan otak.

S6 : Apakah rawatan bagi penyakit leukemia?
Rawatan leukemia mengambil jangkamasa lebih kurang 2 tahun dan ini terdiri drpd:
1.Ubat kemoterapi
2.Radioterapi kepada otak (bagi pesakit-pesakit lebih daripada umur 2 tahun)
3.Ubat kemoterapi ke dalam bendalir serebrospina (suntikan intratekal)

Rawatan leukemia adalah dgn ubat sitotoksik yg agak kuat yg menyebabkan berbagai kesan2 sampingan spti rasa mual, muntah, memburukkan lg kegagalan sum-sum tulang, keguguran rambut, kegagalan jantung dsnya. Ubat kemoterapi yg diberi scra infusi jika bocor ke dalam kulit boleh menyebabkan luka yg agak teruk dan susah sembuh.

S7 : Apakah peranan jururawat dalam rawatan kemoterapi?
Jururawat memainkan peranan penting dlm rawatan kemoterapi dari segi
1.Menentukan yg infusi ubat kemoterapi yg diberikan kpda pesakit adalah betul dari aspek dos dan jenis ubat. Jururawat yg bertanggungjawab bg menentukan yg infusi intravena ubat sitotoksik tidak bocor ke dalam kulit subkutis.
2.Melakukan pemerhatian suhu, kadar nadi dan tekanan darah pesakit dan melapor kpda doktor jika terdapat apa2 pemerhatian yg tidak normal dan membimbangkan.
3.Melaporkan kpda doktor dgn serta merta jk terdapat keadaan pesakit yg mmbimbangkan spti pendarahan gusi @ kulit, demam kuat, air kencing yg semakin kurang dsnya.
4.Menentukan yg pesakit menjalani rawatan kemoterapi mendapat ujian darah satu hingga dua kali seminggu bg menentukan samada ubat kemoterapi boleh terus diberikan atau samada pesakit memerlukan transfusi darah. Sebagai contoh ubat sitotoksik tidak diberi jikalau jumlah sel darah putih kurang drpd 2000/ml, dan pesakit dgn hemoglobin kurang drpd 8 g% memerlukan tranfusi darah merah.

Ibubapa pesakit pediatrik leukemia biasanya akan mengadu dan bertanya kpda jururawat bila terdapat apa2 yg tidak kena dgn anak mereka. Oleh itu jururawat tersebut mesti berkebolehan mengetahui aduan2 yg dianggap penting (urgent) dan melapor terus kepada doktor.

S8 : Apakah nasihat dan penjelasan yg boleh diberikan kepada ibubapa pesakit?
Ibubapa pesakit leukemia patut diberi penjelasan mengenai rawatan leukemia dan kesan2 sampingan spti keguguran rambut, rasa mual, kurang selera makan. Ibubapa pesakit jg patut diingatkan supaya datang terus ke hospital jikalau terdapatnya demam kuat, pendarahan dan muntah2 yg teruk.

Ibubapa juga dinasihatkan bahawa tidak terdapat pantang larang dari segi pemakanan tetapi digalakkan pemakanan yg seimbang dari segi nutrien dan vitamin. Pesakit2 leukemia dilarang berdekatan dgn kanak2 ln yg mengidap penyakit tertentu terutamanya penyakit campak dan cacar air.
Dr. Patrick Chan

Semangat Yang Kuat

Semangat yg kuat menjadi penawar Luekimia. Mama mendoakan kebahagiaan dan kesihatan yg baik kepada semua. Sbhgn drpd kita ini mengalami ujian getir kehidupan yg mana ditimpa penyakit. Penyakit yg tidak di ketahui akan penyelesaiannya. Itulah penyakit kronik. Apakah reaksi pesakit baru jk disahkan mengidap penyakit kronik? Pelbagai reaksi akan diberikan. Kalau boleh hendak lari. Lari sekuat hati dr penyakit itu. Lari dr kenyataan hidup susah dan perit itu. Namun bagaimana hendak kita melarikan diri jk itu berada didlm diri kita sendiri? Apakah boleh dicabut dan dibuang begitu shja? Kalau hendak dibuangnya bahagian mana kah ia berada? Mustahil,mustahil.

Suluhlah diri sendiri mengapa ia berlaku? Antara sebab utama yg menyebabkan ia berlaku ialah kurangnya kesedaran untuk menjaga kesihatan diri. Di waktu muda dan sihat pernahkah kita terfikir untuk menjalankan ujian @ pemeriksaan keatas diri sendiri? Takut bukan, takuk menghadapi kenyataan keputusannya. Maka apabila ditimpa musibah begini barulah ego diri sendiri itu direntap oleh kenyataan sendiri menyebabkan diri takut, resah, gelisah akan masa depan sendiri.

Apa pun kenyataan kenalah di terima dgn hati terbuka. Katakan pd diri sendiri ya... aku ditimpa musibah. Sebutlah innalillahilaihirojiuunnn. Terima kenyataan dgn hati terbuka maka terimalah rawatan yg diberikan oleh doktor dgn hati terbuka. Dgn cara itu badan kita dgn secara suka rela akan menerima apa jua ubat yg kita ambil. Jika sebaliknya maka badan kita juga akan menolak segala penawar yg kita ambil. Hasilnya keputusan rawatan mungkin tidak sebagus diharapkan.

Takut mati? Semua orang takut mati. Tetapi semua orang jg akan mati. Kalau hendak matipun orang sihat pun boleh mati. Tetapi kalau umur panjang orang sakit bertahun2 pun tidak akan mati krna tidak sampai ajalnya. Kenapa orang sakit bertahun2? Apakah Allah menyiksa orang itu? Tidak mungkin Allah hendak mengkifarahkan dosa2 orang itu. Manakah lebih baik jika kita dihukum diakhirat dgn hukuman yg tiada penghujungnya atau di kifarahkan didunia dgn penyakit yg berat.

Pokok utama ialah kesabaran. Berusaha bersabar dan bertawakal adalah kunci kpda segala rawatan untuk penyakit kronik. Tak kiralah apa pun penyakit kronik ia adalah penyakit juga. Ikutlah nasihat doktor pakar yg merawat anda. Kepada yg berugama islam mama nasihatkan lakukanlah sembahyang sunat dhuha setiap hari selain drpd solat fardu 5 waktu. Kalau mampu lakukan sembahyang sunat tahjjud. Mungkin anda berfikir bahawa apakah dgn sembahyang2 itu dapat menyembuhkan penyakit? Pendapat anda mungkin kurang tepat. Adalah lebih baik jika Allah memberi kita kekuatan, kesabaran, ketenangan dalam menghadapi ujian ini. Dan juga dipermudahkan segala urusan kehidupan kita. Walaupun sakit, segala perjalanan hidup dimudahkan tidak disempitkan maka itulah yang sebaiknya.

Insyaallah kita sama2lah menghadapi ujian getir ini dengan tenang.

Balik Kampung

Sempena Kak Iqa cuti sekolah nie mama sekeluarga mengambil kesempatan cuti seminggu (mulai 28 Mei shgga 5 Jun 2011) n pulang ke kampung. Cuti kali nie mama tak jalan ke mana2 pun, dok berulang g spital tengok adik yg masih lg kat HUSM.

Syahmi plak kene 'chiken pox'....nak tak nak kena dok umah je la.....cian kat syahmi abis satu badannya tumbuh ruam2. Lepas bercuti di Kelate, balik Ipoh plak kampung papa, kene la bergilir2......

Mama doa2kan semoga Adik mama (Pak Su) n Anak Mama (Syahmi Irfan) semoga cepat2 sembuh semuanya.........Insyaallah.