Islamic Clock

Monday, June 13, 2011

Juara AF9


Peserta yg pernah gagal dlm konsert prelude Akademi Fantasia musim keempat lalu, Hazama menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pd final pertandingan program realiti itu yg diadakan di Dataran Putrajaya, Precint 3, di sini malam tadi.

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi yg diserap masuk pd minggu keempat bg menggantikan dua peserta yg disingkirkan menerusi Ops Gugur, menewaskan tiga finalis lain. Kemenangan itu membolehkan peserta berusia 26 tahun itu membawa pulang hadiah utama wang tunai RM200,000,trofi sumbangan Astro,hamper n wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root berserta sebuah kamera Sony Handycam yg disampaikan Pengetua AF9, Amy Search.

Pada pertandingan yg diadaptasikan drpd program La Academia dari Mexico sejak 2003 itu, Hazama menyanyikan lagu berjudul Cinta Teragung dan Pukau yg dipopularkan oleh Tomok. Tempat kedua diungguli peserta dari Sabah, Lenaber Haidir atau Lena yg membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah trofi, sebuah hamper dan wang tunai bernilai RM2,000 sumbangan Power Root serta sebuah kamera Sony Cybershot. Sementara, tempat ketiga dan keempat masing2 dimenangi oleh Fina atau Nur Syafinaz Jebat dan Mohamad Azri Abdullah atau Azri.

Semua senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria. Selain juri tetap, Hattan dan Ogy Datuk Ahmad Daud, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS. Istimewanya Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Sembilan ini turut dimeriahkan dgn persembahan istimewa oleh himpunan lapan bekas juara Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga kelapan iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7).

AF9 adalah edisi terakhir drpa siri program realiti popular itu selepas hampir sedekad bersiaran.

No comments:

Post a Comment