Islamic Clock

Sunday, June 12, 2011

Kelantan Cuti Umum

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan cuti umum bg seluruh Kelantan hari ini, bg memberi peluang kpda rakyat Kelantan yg menonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, pulang ke Kelantan dlm keadaan selesa dan tidak tergesa2. Nik Abdul Aziz berkata, cuti umum itu diambil atas sebab cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dgn Terengganu.

Cuti umum ini sbg memberikan ruang selesa kpda penyokong pasukan Kelantan yg menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional untuk pulang ke Kelantan. Pengumuman mengenai cuti itu turut dibuat menerusi laman sosial Facebook Nik Abdul Aziz. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar slps solat Zuhur, semalam.

Perbincangan dibuat slps melihat terlalu ramai rakyat Kelantan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir Piala FA. Justeru, bg memudahkan perjalanan mrka dan melihat drpd segi faktor keselamatan di jalan raya, cuti diisytiharkan esok (hari ini). Penyokong Kelantan diharap dapat pulang dlm keadaan tenang dan tidak tergesa2.

No comments:

Post a Comment