Islamic Clock

Tuesday, June 7, 2011

Semangat Yang Kuat

Semangat yg kuat menjadi penawar Luekimia. Mama mendoakan kebahagiaan dan kesihatan yg baik kepada semua. Sbhgn drpd kita ini mengalami ujian getir kehidupan yg mana ditimpa penyakit. Penyakit yg tidak di ketahui akan penyelesaiannya. Itulah penyakit kronik. Apakah reaksi pesakit baru jk disahkan mengidap penyakit kronik? Pelbagai reaksi akan diberikan. Kalau boleh hendak lari. Lari sekuat hati dr penyakit itu. Lari dr kenyataan hidup susah dan perit itu. Namun bagaimana hendak kita melarikan diri jk itu berada didlm diri kita sendiri? Apakah boleh dicabut dan dibuang begitu shja? Kalau hendak dibuangnya bahagian mana kah ia berada? Mustahil,mustahil.

Suluhlah diri sendiri mengapa ia berlaku? Antara sebab utama yg menyebabkan ia berlaku ialah kurangnya kesedaran untuk menjaga kesihatan diri. Di waktu muda dan sihat pernahkah kita terfikir untuk menjalankan ujian @ pemeriksaan keatas diri sendiri? Takut bukan, takuk menghadapi kenyataan keputusannya. Maka apabila ditimpa musibah begini barulah ego diri sendiri itu direntap oleh kenyataan sendiri menyebabkan diri takut, resah, gelisah akan masa depan sendiri.

Apa pun kenyataan kenalah di terima dgn hati terbuka. Katakan pd diri sendiri ya... aku ditimpa musibah. Sebutlah innalillahilaihirojiuunnn. Terima kenyataan dgn hati terbuka maka terimalah rawatan yg diberikan oleh doktor dgn hati terbuka. Dgn cara itu badan kita dgn secara suka rela akan menerima apa jua ubat yg kita ambil. Jika sebaliknya maka badan kita juga akan menolak segala penawar yg kita ambil. Hasilnya keputusan rawatan mungkin tidak sebagus diharapkan.

Takut mati? Semua orang takut mati. Tetapi semua orang jg akan mati. Kalau hendak matipun orang sihat pun boleh mati. Tetapi kalau umur panjang orang sakit bertahun2 pun tidak akan mati krna tidak sampai ajalnya. Kenapa orang sakit bertahun2? Apakah Allah menyiksa orang itu? Tidak mungkin Allah hendak mengkifarahkan dosa2 orang itu. Manakah lebih baik jika kita dihukum diakhirat dgn hukuman yg tiada penghujungnya atau di kifarahkan didunia dgn penyakit yg berat.

Pokok utama ialah kesabaran. Berusaha bersabar dan bertawakal adalah kunci kpda segala rawatan untuk penyakit kronik. Tak kiralah apa pun penyakit kronik ia adalah penyakit juga. Ikutlah nasihat doktor pakar yg merawat anda. Kepada yg berugama islam mama nasihatkan lakukanlah sembahyang sunat dhuha setiap hari selain drpd solat fardu 5 waktu. Kalau mampu lakukan sembahyang sunat tahjjud. Mungkin anda berfikir bahawa apakah dgn sembahyang2 itu dapat menyembuhkan penyakit? Pendapat anda mungkin kurang tepat. Adalah lebih baik jika Allah memberi kita kekuatan, kesabaran, ketenangan dalam menghadapi ujian ini. Dan juga dipermudahkan segala urusan kehidupan kita. Walaupun sakit, segala perjalanan hidup dimudahkan tidak disempitkan maka itulah yang sebaiknya.

Insyaallah kita sama2lah menghadapi ujian getir ini dengan tenang.

No comments:

Post a Comment