Islamic Clock

Tuesday, June 7, 2011

Penyakit Leukemia

Jom kita kongsi bersama sedikit info yg mama baca di internet :-

S1 : Apakah penyakit leukemia?
Penyakit leukemia adalah sejenis barah sel di mana berlakunya proliferasi sel-sel darah putih yg tidak terkawal. Ini mengakibatkan penghasilan bilangan sel-sel darah putih tak normal yg tinggi bilangannya. Sum-sum tulang yg menghasilkan sel darah merah dan sel platelet tidak akan berfungsi dgn normal disebabkan oleh bilangan sel putih yg terlampau banyak ini.

S2 : Berapa ramaikah pesakit leukemia ditemui tiap2 tahun?
Di Hospital Universiti, Kuala Lumpur seramai 147 pesakit barah ditemui pada tahun 1993. 74/147 (50%) terdiri daripada pesakit akut limfosifik leukemia (ALL), 13/147 (9%) leukemia mieloid akut (AML) dan 2/147 (1%) leukemia mieloid kronik (CML).

S3 : Apakah etiologi penyakit leukemia?
Penyakit leukemia berlaku dgn proliferasi klonal tak terkawal dr satu sel progenitor yg tidak normal. Terdapat bbrpa faktor yg dikatakan terlibat dlm menyebabkan keadaan tersebut :
1.Keturunan
2.Dedahan kepada bahan kimia (seperti benzen, ubat sitotoksik)
3.Dedahan kepada pancaran radiasi
4.Infeksi Virus (seperti HTLV – 1)

S3 : Apakah jenis2 leukemia?
Pada amnya ada berbagai jenis leukemia. Jenis yg paling kerap ialah akut lymphosifik leukemia.Salah satu leukemia yg jenis akut ialah leukemia mieloid akut. Klasifikasi kedua dua jenis leukemia terpulang kpda morphologi sel-sel leukemia yg dilihat oleh pakar haematologi.

S4 : Apakah gejala dan tanda2 leukemia?
Pesakit yg mengidapi penyakit leukemia biasanya berjumpa dgn doktor bg masalah2 tersebut :
1.Akibat kegagalan sum-sum tulang
(a)Pucat, kelemahan, cepat penat & sesak nafas disbbkan kekurangan sel darah merah (anemia)
(b)Demam, jangkitan bakteria paru2, kulit, mulut dsbnya termasuk sepsis disebabkan kekurangan daya tahanan badan.
(c)Pendarahan yg mudah dan berlebihan disebabkan kekurangan sel darah platelet (trombositopenia)

2.Akibat infiltrasi organ oleh sel-sel leukemia
(a)Sakit-sakit sendi dan tulang
(b)Pembesaran kelenjar-kelenjar limfa (lymphadenopathy)
(c)Pembesaran hepar dan limpa (hepatosplenomegaly)
(d)Pembesaran buah zakar dalam pesakit lelaki

S5 : Apakah caranya untuk menentukan diagnosis leukemia?
Terdapat bbrpa ujian yg perlu bg pesakit2 yg disyaki mengidap penyakit leukemia.
1.Pemeriksaan kuanitatif darah (full blood count)
2.Pemeriksaan kuantitatif darah melalui pemeriksaan filem darah (peripheral blood film)
3.X-ray dada
4.Pemeriksaan sum-sum tulang – ini merupakan ujian paling penting dlm diagnosis pesakit leukemia.
5.Pemeriksaan cecair serebrospina – ini adalah untuk menentukan samada sel-sel leukemia telah menyerang sistem saraf dan otak.

S6 : Apakah rawatan bagi penyakit leukemia?
Rawatan leukemia mengambil jangkamasa lebih kurang 2 tahun dan ini terdiri drpd:
1.Ubat kemoterapi
2.Radioterapi kepada otak (bagi pesakit-pesakit lebih daripada umur 2 tahun)
3.Ubat kemoterapi ke dalam bendalir serebrospina (suntikan intratekal)

Rawatan leukemia adalah dgn ubat sitotoksik yg agak kuat yg menyebabkan berbagai kesan2 sampingan spti rasa mual, muntah, memburukkan lg kegagalan sum-sum tulang, keguguran rambut, kegagalan jantung dsnya. Ubat kemoterapi yg diberi scra infusi jika bocor ke dalam kulit boleh menyebabkan luka yg agak teruk dan susah sembuh.

S7 : Apakah peranan jururawat dalam rawatan kemoterapi?
Jururawat memainkan peranan penting dlm rawatan kemoterapi dari segi
1.Menentukan yg infusi ubat kemoterapi yg diberikan kpda pesakit adalah betul dari aspek dos dan jenis ubat. Jururawat yg bertanggungjawab bg menentukan yg infusi intravena ubat sitotoksik tidak bocor ke dalam kulit subkutis.
2.Melakukan pemerhatian suhu, kadar nadi dan tekanan darah pesakit dan melapor kpda doktor jika terdapat apa2 pemerhatian yg tidak normal dan membimbangkan.
3.Melaporkan kpda doktor dgn serta merta jk terdapat keadaan pesakit yg mmbimbangkan spti pendarahan gusi @ kulit, demam kuat, air kencing yg semakin kurang dsnya.
4.Menentukan yg pesakit menjalani rawatan kemoterapi mendapat ujian darah satu hingga dua kali seminggu bg menentukan samada ubat kemoterapi boleh terus diberikan atau samada pesakit memerlukan transfusi darah. Sebagai contoh ubat sitotoksik tidak diberi jikalau jumlah sel darah putih kurang drpd 2000/ml, dan pesakit dgn hemoglobin kurang drpd 8 g% memerlukan tranfusi darah merah.

Ibubapa pesakit pediatrik leukemia biasanya akan mengadu dan bertanya kpda jururawat bila terdapat apa2 yg tidak kena dgn anak mereka. Oleh itu jururawat tersebut mesti berkebolehan mengetahui aduan2 yg dianggap penting (urgent) dan melapor terus kepada doktor.

S8 : Apakah nasihat dan penjelasan yg boleh diberikan kepada ibubapa pesakit?
Ibubapa pesakit leukemia patut diberi penjelasan mengenai rawatan leukemia dan kesan2 sampingan spti keguguran rambut, rasa mual, kurang selera makan. Ibubapa pesakit jg patut diingatkan supaya datang terus ke hospital jikalau terdapatnya demam kuat, pendarahan dan muntah2 yg teruk.

Ibubapa juga dinasihatkan bahawa tidak terdapat pantang larang dari segi pemakanan tetapi digalakkan pemakanan yg seimbang dari segi nutrien dan vitamin. Pesakit2 leukemia dilarang berdekatan dgn kanak2 ln yg mengidap penyakit tertentu terutamanya penyakit campak dan cacar air.
Dr. Patrick Chan

No comments:

Post a Comment