Islamic Clock

Saturday, June 11, 2011

Milik Siapa Piala FA


FINAL Piala FA 2011 antara Kelantan dgn Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bakal mencatat sejarah tersendiri. Mana2 pasukan yg muncul juara bakal dikenang sbg pasukan terakhir menjulang trofi yg mula diperkenal pd final edisi 2005 itu. Ini krna, satu trofi baharu akan diperkenalkan bermula pd Piala FA musim depan menggantikan trofi sedia ada itu yg hanya sempat digunakan untuk tujuh edisi final.

Sebelum itu, trofi pertama Piala FA digunakan pada 15 edisi terdahulu iaitu dari 1990 hingga 2004 dan pasukan Perak selaku juara pada final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan terus trofi tersebut.

“Kelantan tak pernah menang Piala FA setelah percubaan pertama pd 2009 gagal. Jadi ini kali kedua Kelantan melangkah ke final n inilah peluang kita untuk bergelar juara. “Harap Kelantan jadi penerima terakhir trofi ini dan dipertimbangkan untuk simpan terus trofi ini,” kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim pada sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam. Namun tidak semudah itu buat Kelantan bergelar juara Piala FA buat pertama kali dlm sejarah krna Terengganu berhasrat menjulang Piala FA buat kali kedua selepas muncul juara pada tahun 2000.

Dalam pd itu, pihak polis akan menempatkan seramai 2,600 anggota keselamatan di dalam dan luar stadium bg mengawal kehadiran kira2 85,000 penonton kedua2 pasukan malam ini.

No comments:

Post a Comment