Islamic Clock

Sunday, June 12, 2011

Juara Piala FA 2011


TAHNIAH Terengganu menjadi JUARA Piala FA 2011...........

Gara2 tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kpda Terengganu muncul juara Piala FA 2011 stlh menewaskan Kelantan 2-1 pd aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yg berlarutan hgga ke masa tambahan malam tadi.

Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pd minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu. Dgn perlawanan dijangka sekali lg akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut2, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yg dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA stlh melakukannya kali pertama pd tahun 2000. Manakala Kelantan yg dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA stlh percubaan kali pertama mrka pd 2009 dikecewakan oleh Selangor.

No comments:

Post a Comment