Islamic Clock

Friday, March 16, 2012

Lupa Mati, Sibuk Kejar Tuntutan Dunia

Alam barzakh beri kerehatan bagi golongan beramal salilh, takwa

SEBAGAI orang Islam ya berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yg wajib dilalui manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun, tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun. Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kaya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah Nabi dan Rasul iaitu manusia yg paling dekat dgn Tuhan, bahkan manusia menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari drpd kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dlm surah an-Nisaa’ ayat 78 bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yg paling kuat”.

Setiap manusia pasti mati krna mati bermakna manusia kembali kpda asal kejadiannya. Ia berasal drpd tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kpda manusia. Persoalan mati adalah satu kejadian paling hebat dan tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil krna jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan rohnya keluar drpd badan manusia. Roh menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud ‘dinding penghalang antara dua benda’. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada dalam satu alam yg dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sblm dihimpunkan di padang Mahsyar mulai waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh jg tempat permulaan manusia dihukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh. Sebaik saja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dlm suasana yg gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.

Bagi jenazah yg beriman dan berbekalkan amal salih serta ketakwaan yg unggul maka alam barzakh adalah satu kerehatan yg damai. Tetapi bg jenazah yg ingkar, sarat dgn beban dosa krna melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yg dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan spti orang yg lemas dlm air yg meraung meminta pertolongan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas drpd seksaannya, maka apa yg akan datang kemudiannya lebih mudah lg dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) drpd (seksaannya), maka yg datang sesudahnya lebih sukar (keras).” (Riwayat al-Tirmizi).

Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, “setiap mayat yg hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yg gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kpda Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Sesiapa memasukinya dgn taat, akan keluar dgn bahagia. Dan sesiapa masuk dgn derhaka, dia akan keluar dgn penuh penyesalan.”

Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa’i pernah berkata: “Setiap orang yg takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yg ingin lari drpdnya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama2nya. Renungilah nasib saudaramu yg kini dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yg indah, kini matanya tertanggal, dulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kpda bbrpa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir mengenai alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dlm kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.” Ketika Khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yg akan aku lakukan terhadap jenazah yg kau cintai ini? Ya jawab Umar.

Kubur itu menjawab: “Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yg akan aku lakukan pada anggota badannya?” Tentu jawab Umar. “Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.” Khalifah Umar menangis dan berkata: “Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit.

Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yg muda akan menjadi tua dan yg hidup akan mati. Celakalah mereka yg tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yg diturunkan oleh Tuhanku.” Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit drpd kalangan manusia yg bercakap soal kematian, alam Barzakh dan Mahsyar, krna manusia sedang sibuk dgn pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang dan mencabut nyawanya.

No comments:

Post a Comment