Islamic Clock

Tuesday, March 6, 2012

15 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak2

"Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yg besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak2 adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba2-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yg malang ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yg mandul." Berkata para sahabat : "Orang yg mandul ialah orang yg tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa2 yg digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yg baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa2 yg digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) drpd Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak2 dgn sekolah, menakutkan dgn tempat gelap, menakutkan dgn hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak2, tidak menjadualkan kegiatan harian anak2, terlalu memfokuskan anak2 kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun kepada anak2 (terutama semasa marah). Membandingkan anak2 dgn anak2 lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yg tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yg lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak2 sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu2nya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, ttpi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yg kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yg kemas dan yg menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak2nya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yg tidak kemas. Ini mengakibatkan anak2 terikut2 dgn cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama2, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yg lebih baik dari salam yg diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yg mudah dilihat oleh anak2. Dalam Islam, merotan anak dgn tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak2 dgn model yg cemerlang spti para ulama' dan orang2 yg berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak2 jg patut didedahkan dgn sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti2 yg bersesuaian dgn akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak2. Ini akan menyebabkan anak2 rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yg tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak2, kerana ini akan memberikan contoh yg tidak baik kepada anak2 yg masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan2 yg ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dlm hal ini adalah penting krna kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yg kurang baik spti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yg tidak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan agama anak2.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak2. Sebagai ibubapa kitalah yg akan disoal di akhirat kelak akan anak2 ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak2 terdidik dengan didikan Islam.

No comments:

Post a Comment