Islamic Clock

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Baru2 ini dunia di kejutkan dgn kejadian Tsunami yg melanda Jepun..sebuah negara maju yg kaya dgn teknologi..timbul keinsafan dlm diri bila melihat kemusnahan di negara itu..Marilah kita renungkan bersama n ambil iktibar drnya...




Sungguh mengerikan....lihatla dunia....besarnya kuasa ALLAH swt....

Gempa 8.9 skala richter cetus tsunami di Jepun pada 11 Mac yg lalu. Gempa bumi bermagnitud 8.9 pd skala richter melanda Jepun awal ptg td mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bbrpa bandar kawasan pantai negara itu. Kejadian itu mengakibatkan byk kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dr kawasan yg dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan byk kapal, kereta n sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yg dihuni 30 juta penduduk. Sekurang2nya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan org ramai berpusu2 keluar dr bangunan. Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang2nya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain bbrpa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pd jam 2.46 petang (0546 GMT) slma dua minit dgn gempa pertama kira2 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey. Ia diikuti bbrpa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter. Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik n turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya. Amaran tsunami turut dikeluarkan kpda Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana.

Gempa bumi n tsunami yg melanda Jepun baru2 ini bleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pd tempoh jangka pendek. "Sektor elektrik n elektronik akan merasai kesannya krna keluaran bbrpa komponen utama yg diimport dr Jepun akan berkurangan dgn banyak,". Sektor Pelaburan n pelancongan Jepun jg akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yg besar, sekaligus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yg besar.


Ermmmm....ngeri mama tengok jalan sampai terbelah sebegitu, bersyukurlah kita di Malaysia ni masih aman n jauh dr malapetaka gempa bumi.Tapi kuasa Allah siapa yg tahu?Setidaknya orang Jepun dah bersedia dgn semua ini. Bagaimana keadaan/situasi kita agaknya jika di takdirkan berlaku di sini???minta dijauhkanlah dr sgla bencana..

No comments:

Post a Comment