Islamic Clock

Thursday, March 24, 2011

Peringkat Pendidikan Anak2

Anak2 adalah amanah Allah kpda ibubapanya. Kalau diibaratkan mutiara yg diserahkan kpda seseorang utk menjaganya,maka mestilah orang yg berkenaan itu menjaganya agar tetap terpelihara keasliannya sbgmn ketika ia diserahkan.

Anak2 yg Allah amanahkan itu mestilah dijaga sptimana yg dikehendaki oleh Allah. Peribahasa melayu ada menyebut ‘melentur buluh biarlah dr rebungnya'. Sungguh pun begitu, ini tak bermakna mendidik anak2 di waktu kecil boleh dianggap mudah sehgga dibuat dgn sesuka hati kita. Sbnrnya perumpamaan melayu di atas kalau difahami sungguh2 ternyata membawa maksud susahnya tugas mendidik anak2, sesusah membentuk rebung. Apa tidaknya, rebung itu lembut, kalau dilentur semahu kita scra kasar pastinya akan patah, akhirnya buluh tak menjadi, kalau menjadi pun buluh yg cacat. Begitulah dlm mendidik anak2. Tidak boleh ambil sambil lewa saja. Ia mesti dirancang n disusun dgn rapi agar apa yg kita harapkan itu terhasil dgn sempurna.

Untuk itu anak2 hendaklah dilatih n ditanamkan dgn rasa bertuhan n rasa kehambaan sedari kecil lg sepertimana sabda Rasullallah. S.A.W :
"Awal2 agama mengenal Tuhan"
Jg sedari kecil lg anak2 perlu dibiasakan melakukan perbuatan n perkerjaan yg baik.

"Setiap anak adam itu dilahirkan suci bersih n sesungguhnya kedua ibubapanya yg akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" - Bukhari Muslim

Anak2 ini perlu disuburkan rohnya, akalnya n fizikalnya. Ketiga2 faktor ini perlu seimbang tidak boleh ditekan pd satu faktor sj. Krna ketidak seimbangan ini akan merosakkan samada akalnya, fizikalnya @ rohnya.

Jika pendidikan hanya tertumpu pd akal shja, anak2 akan membesar tanpa mengenali Tuhan. Jk berjaya dia akan merasakan itu semua krna usahanya semata2.

Jika hanya fizikal anak2 saja yg disuburkan, nanti mrka akan jadi malas, tiada ketahanan diri, banyak makan n malas berfikir.

Manakala jk rohnya sj diberi pengisian, anak2 akan jd jumud. Perkembangan fikirannya tdk mengikut arus perdana, sensitif n emosional tdk pd tempatnya. Tdk mahu ambil tahu apa yg berlaku disekelilingnya. Tidak berfikiran terbuka (open minded) dsbnya.

Kesimpulannya, utk mendidik roh, akal n fizikal anak2 perlu serentak n pembinaannya hendaklah berperingkat2 mengikut tumbesaran dan umur anak2.

Pendidikan ketika baru lahir hinga 2 tahun

Pd masa ini pendengaran anak2 cukup senitif. Usahakan agar anak2 tidak didedahkan dgn muzik2 yg boleh mengeraskan hati. Tumbesaran masa ini lebih byk bergantung kpda susu ibu. Permulaan pembentukan akalnya dari memberi makanan yg boleh mencerdikkan spti kismis, badam, limau dsbnya. Elok sangat jika anak2 dibuai dgn nasyid yg boleh mendidik hati. Ataupun alunan bacaan zikir n ayat suci Alquran. Tuhan dikenalkan dlm bentuk bersahaja pd peringkat awal lagi.

Pendidikan ketika 2 tahun hingga 4 tahun

Pd peringkat ini kepekaan anak2 mula bertambah iaitu penglihatannya pula mula berkembang. Medium Media Massa byk mempengaruhi pembentukan akal n roh anak2 pd umur demikian. Oleh itu dinasihatkan agar jgn mendedahkan anak2 terlalu byk kpda pengaruh t.v, video, CD, games dsbnya. Walau pun apa yg dilihat kurang difahami, ia tetap akan mempengaruhi fikirannya hingga dewasa.

Pendidikan ketika 4 tahun hingga 7 tahun

Dari lahir hingga umur sebegini ibu bapa perlulah memberi kasih sayang, dibelai, diberi kemanjaan sepenuhnya. Pada umur begini ibu bapa masih boleh memeluk, mencium, meriba dan sebagainya.
-Makanan yg diberi hendaklah berzat untuk tumbesarannya.
-Mrka sudah mula berfikir, ajarkan pd mrka perbezaan antara perkara yg baik n buruk.
-Sudah mula disuruh sembahyang.

Pendidikan ketika 7 tahun hingga 10 tahun

Faktor2 yg mempengaruhi kenakalan, hendaklah mula diambil perhatian pada umur begini.
Seperti : - Terlalu dimanjakan
- Belanja wang saku yg mewah dan berlebihan
- Pengaruh kawan dan alam sekitar

Pisahkan tempat tidur :- daripada ibu dan bapa
- adik-beradik antara lelaki dan perempuan
- menyediakan segala keperluannya

Untuk melatih anak2 mempunyai fizikal yg kuat perlu jg sesekali dilatih lasak spti :
- Tidur beralaskan tikar.
- Tidak menggunakan kipas atau aircond (supaya tahan panas)
- Makan hanya satu jenis lauk sahaja.
- Kesalahan mereka, terutama yg dibuat berulang2 kali, perlu disoal siasat, dan dihukum setelah diberi nasihat.
- Sudah boleh dikenalkan Tuhan dgn sifat-sifatnya.
Contoh : Tuhan Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Baik, Maha Pelembut dan diajar anak bersifat dengan sifat yang disukai Tuhan

*Waktu ini kasih kpda anak tidak boleh lg ditunjukkan dlm bentuk dibelai, dipangku, dicium dsbnya. Buat2 macam tak peduli supaya mrka dlm keadaan tertanya2, sayangkah ayah aku dgn aku ini? Nak kata sayang tidak, nak kata tak sayang pun tidak!

Ini penting supaya perasaan itu akan membuatkan seseorang anak tidak terlalu manja, tidak terlalu berani dan tidak terlalu takut. Jadi mudahlah kita disiplinkan mereka dgn jadual2 yg telah ditetapkan. Perasan itu jugalah yg akan mengawal mrka agar berbuat apa yg diarahkan.

Pendidikan ketika 10 tahun hingga 15 tahun

Didiklah anak agar takut n kasih pd kita. Adakala kita perlu tegas supaya mrka takut, tp ada masanya kita ikutkan kehendaknya sbg tanda kasih spti membeli makanan, pakaian n keperluan sekolahnya. Latih mrka menyelesaikan masalah sendiri. Sekiranya ada masalah, mengadulah kepada Tuhan n berdoa. Tuhan dijadikan tempat rujuk yg utama, namun ibu bapa masih lg boleh memberi panduan n dijadikan tempat rujuk apabila perlu.

Pendidikan ketika 15 tahun hingga 18 tahun

Pd peringkat remaja, anak2 jgn dibiarkan membuat keputusan sendiri. Ibubapa menjadi rakan tempat anak2 merujuk segala masaalah. Ibubapa yg berjaya menjadikan watak diri sbg rakan kpda anak2, bererti anak2 tidak mudah merujuk masaalahnya dgn orang luar (rakan sebaya) yg belum tentu dapat menyelesaikan masalahnya.

Kesimpulan:

Ibubapa yg terlalu garang akan membuat anak2 rasa benci n sikapnya akan jd liar n sukar dikawal. Manakala ibubapa yg memberikan sepenuh kasih sayang tanpa dibatasi akan menjadikan anak mengada2, terlalu manja@spoilt, tidak bertanggung jawab n sukar didisplinkan. Dalam masa yg sama jg ia menjadi salah satu punca masalah gejala sosial iaitu sumbang muhram!

Perlu menjadi ingatan kpda ibu ayah dlm hal mendidik anak bhwa kita tidak mampu mendidik anak kita menjadi soleh ataupun baik dgn kemampuan diri sendiri. Anak2 adalah amanah dari Tuhan maka hendaklah kita berusaha sambil berdoa bersungguh2 kepada Allah. Agar Allah kawal hati mrka dr perkara2 maksiat n jaga kehidupan mrka dr tipuan dunia yg merosakkan.

No comments:

Post a Comment