Islamic Clock

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita


Hari ini, tarikh 8 Mac adalah tarikh istimewa yg diraikan sbg "Hari Wanita Sedunia @ Antarabangsa (International Woman’s Day)". Manakala 8 Mac 2011 bersamaan hari Selasa pula merupakan sambutan hari wanita sedunia ke 100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk tahun 2010 ialah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Begitu jg tema Hari Wanita Sedunia utk tahun 2011 iaitu “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita”

Tidak kira siapa anda, mahupun di mana jua anda berada, selagi anda bergelar wanita mahupun perempuan, Hari Wanita Sedunia ini adalah untuk anda. Indah kan kalau pd hari ini wanita dilayan seistimewa mgkn, bangun drpd tidur dikejutkan mesra bersama sejambak bunga, sarapan pagi disediakan suami, dan pendek kata, bestnya kalau hari ini dilayan spti permaisuri! yerlah, bukan selalu pun, sekali setahun jer kan. Opssss tp adil ke??? Hari Lelaki tak pernah pulak termaktub dlm mana2 kalendar kan?

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan? Mgkn itu yg menjadi persoalan memandangkan tiada hari khas untuk lelaki. Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac adalah simbolik kpda kejayaan wanita seluruh dunia yg berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dlm kehidupan mrka. Sejarah perjuangan ini adalah drpd peristiwa mogok besar2an beratus wanita yg menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York yg berlaku pd 8 mac 1857.

[mari kita sama2 syer sdkit info yg mama perolehi]. Hari wanita bermula dr sebuah kisah wanita biasa yg mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yg berabad abad lamanya utk persamaan hak, keadilan, keamanan n kemajuan dlm kehidupan yg dikongsi dgn kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu n bersama2 menyambutnya dgn perasaan muhibbah n ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yg lalu, 8 mac 1857. Pd tarikh ini satu mogok besar2an telah di adakan oleh beratus wanita yg menjadi buruh di kilang kain n pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok krna menentang kezaliman majikan n masyarakat kapitalis yg mengekploitasi keringat n tenaga dgn bayaran gaji yg amat rendah, masa kerja yg panjang serta keadaan suasana tempat kerja yg tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sbg hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sbg hari wanita sedunia.

Dan dikesempatan ini khas buat ma n mak mentua mama, selamat hari wanita ma&mak!!! n kepada semua ibu2 n mama2 n umi2.......

"Wanita jg telah dimuliakan oleh Rasulullah sebyk 3X iaitu insan yg perlu kita taat dan kali ke-4 barulah kaum adam. Wanita jg dimuliakan dgn kata2 "SYURGA di bawah telapak kaki ibu". Selain itu, title SYAHID jg telah diberikan kpda ibu yg meninggal ktka bersalin. Tanpa WANITA @ IBU, SIAPALAH KITA???

No comments:

Post a Comment