Islamic Clock

Monday, March 21, 2011

Menyusu Si Manja


Firman Allah S.WT :
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak2nya selama dua tahun penuh, iaitu bg yg ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Dah lama mama tak bercerita pasal susu kan. Jadi mama n papa mmg seronok. Tapi tanggungjawab yg perlu digalas jg perlu diingat. Alhamdulillah skrg ni pun dah ramai yg breastfeed anak. Mama bukanla kaunselor laktasi ke apa, tp kdg2 sedih jugak bila org2 terdekat buat tak paham saje betapa pentingnya susu ibu untuk anak.. memang it's not easy as it looks TAPI sekurang2nya cubalah dl jgn menyerah sebelum masanya.

Susu ibu adalah hak anak n tanggungjawab yg perlu dilunaskan oleh ibu/bapa. TAK TAHU - silala belajar/baca/cari maklumat@info, semuanya bermula dr kosong, cari info di internet, tanya orang2 yg berkelayakan, yg dah berpengalaman, pergi kelas penyusuan [tp mama x pergi pun, just byk cari info melalui internet @ buku2 penyusuan aje]. Ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil!. Jom kita sama2 share info yg mama dapat ini.....

1. Bila sah mengandung, tanamkan niat awal2 n doa supaya anak ini nanti akan disusukan dgn susu IBU shja!
2. Bersedia mental n fizikal - cari sebanyak mana ilmu penyusuan yg boleh - persediaan, teknik, masalah2 biasa penyusuan etc - begitu banyak sources nya, forum, blogs, BANYAK, JIKA KITA MAHU!
3. Educate org2 di sekeliling ttg penyusuan, at least bagitau niat kita utk menyusukan kelak.
4. Kuatkan semangat - ini paling penting. Ibu menyusu kena kuat semangat n jg degil kadangkala :) abaikan anasir2 luar yg cuba jatuhkan semangat @ nasihat2 yg tak perlu
5. Ketahuilah paling penting adalah sokongan padu n doa dr suami. Kalau suami menyokong, org lain x sokong pun masih boleh survive Insyaallah.
6. Bersedia sekiranya anak jaundis - terapkan dlm ingatan - ubatnya hanyalah susu ibu!!! tak perlu top up susu formula even kalau doktor/nurse suggest. please ya,
7. Kalau pun anak tu diberi susu formula masa di hospital, takpe. jgn pulak kita pun pegi beli susu dgn andaian nak buat top up, susu tak cukup, anak tak puas, tak kenyang bla bla bla. ini alasan saja. ingat ya, kata2 itu doa. kalau kata susu x cukup selalu, maka x cukup la dia. be positive, doa banyak2, apa yg ada itulah rezeki Allah untuk anak kita. Insyaallah cukup. Allah itu Maha mengetahui setiap kejadian. INGAT ITU SAJA.
8. Wahai ibu, berusahalah. Susu ibu adalah yang terbaik!

1 comment: