Islamic Clock

Friday, March 18, 2011

Bagaimana Menjayakan Fully BF Selama 2 Tahun?



Mama ingin kongsikan info ini kpda semua, Semoga ianya menjadi pencetus semangat kpda diri mama sndiri n jg untuk momma n anda semua dlm perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun @ seterusnya, InsyaAllah.

Bagaimana nak pastikan perjalanan 2 tahun penyusuan dapat dipenuhi? Bagaimana nak melakukannya tanpa tekanan?

Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Mama mulakan journey penyusuan dgn meletakkan target selama 6 bulan yg pertama. Maka Mama akan pastikan ianya tercapai. Selepas dah 6 bulan, rasa sayang nak stop .... teruskan lg sampai umur 12 bulan. Ia berlarutan sehingga la umur mrka ini melebihi 2 tahun.

Matlamat Jangka Panjang

Ianya akan hadir dgn sendiri apabila Mama merasakan betapa untungnya memberi susuibu berbanding susu formula. Terutama melihat anak2 kawan yg seangkatan dgn umur anak Mama sering demam n sakit yg bergilir gantinya. Alhamdulillah anak2 Mama jarang sakit. Jika demam, selsema atau batuk memadai hanya 3 hari shja. 2 tahun itu sebenarnya sekejap shja ditambah apabila anak mula makan. Maka susuibu bukanlah makanan utama seperti pd 6 bulan pertama kelahiran anak.

Adakah MALAS akan melanda?

Tidak dinafikan kita mempunyai mood yg adakala tidak seimbang. Terutama jika terlalu banyak kerja pejabat atau pun apabila si ibu melalui keletihan tahap melampau, sifat malas akan menyinggah. Namun jika MATLAMAT kita jelas, penyakit ini tidak akan berlarutan sebenarnya. Dalam bbrpa pembacaan ibu, benarlah kata penulis buku tersebut : Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dgn jelas matlamat hidupnya. Mama juga manusia biasa yg melalui ujian ini, namun Mama akan sentiasa kasihan jika penyusuan susuibu itu terhenti sedangkan segalanya ada dalam mind set. Jika hati mahu, insyaALLAH jalan terbuka luas.


Mengapa mama bersungguh menyusukan anak2 mama?

Secara peribadi, Mama mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yg menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yg akan berterusan membentuk hati anak2 kita. Orang zaman dulu lain, zaman mak ibu dulu... susuibu n kepentingannya tidak disebarkan spti skrg. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir jahat pd zaman ini yg berleluasa. Mama meletakkan harapan agar melalui menyusu Mama berdoa hati yg terbentuk dlm diri anak2 adalah hati yg penuh tawaduk n yg mudah dibentuk dgn doa n di iringan zikir selama menyusukan anak2. Mama berdoa semoga dgn penyusuan ini anak2 menjadi anak yg baik n mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anak2nya berjaya di dunia dan akhirat.

Mama sangat menggalakkan bg ibu2 diluar sana yg tidak mampu menyusukan anak2 sepenuhnya dgn susuibu dan mungkin terpaksa mencampurkan dgn susu formula....tak pe, teruskan sekurang2nya anak2 kita masih minum susuibu. Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dgn susuibu sepenuhnya tapi sekurang2 tidak terus menerus mengalah...memadailah menyusukan pd malam hari slpas pulang dr kerja. Namun ape yg penting kita jgn cepat berputus asa, usaha n terus berusaha..kita pasti boleh...

No comments:

Post a Comment