Islamic Clock

Tuesday, August 11, 2009

Suami Sebagai Ketua Keluarga

Suami ibarat payung nahkoda para isteri. Isteri merupakan amanah Allah yg dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yg lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dgn sebaik2 jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak2 yg dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dgn sebaik mungkin. Sabda Rasulullah saw:

“Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.”

“………dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu(suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yg bertanggungjawab.”

“Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa2 yg telah dilebihkan Allah bagi yg satu drpd yg lain. Dan berdasarkan apa2 yg mereka nafkahkan dgn harta mereka.”


Pemberian nafkah adalah wajib semenjak mula berlakunya akad nikah, meskipun isterinya itu seorang yg kaya raya. Hak isteri itu tidak berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami. Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yg baik."

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yg secukupnya kpda si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yg sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri jg berhak utk mendapatkan tempat tinggal yg selesa, selamat dan sekurang2nya mempunyai keperluan yg minimum. Nafkah anak2 juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dgn orang yg berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yg dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.



Takrif nafkah, ia adalah suatu bhgn drpd hartanya yg dibelanjakan kepada orang2 yg dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala yg dikatakan harta itu pula mestilah dari sumber yg halal, ia bukan hak anak yatim atau bukan hak orang lain yg disimpan kepada kita serta ia bukan dari usaha curi, rasuah, riba dan sebagainya. Jadi, harta yg dijadikan nafkah untuk perbelanjaan isteri dan anak2, ia mestilah harta yg diperolehi dari jalan yg halal. Harta yg haram, ia tidak boleh dijadikan nafkah. Sabda Rasululla saw

“Setiap daging yg tumbuh dari harta yg haram,nerakalah yg senang kepadanya kelak.”

Nafkah terbahagi kpda 3 bahagian. Iaitu yg PERTAMA ialah kepada isteri, yg KEDUA kepada anak dan yg KETIGA kepada usul. Nafkah kepada isteri, mestilah isteri yg sah atau isteri dlm ‘Iddah raj’i atau ‘Iddah yg boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘Iddah dari talak satu @ dari talak dua. Tetapi ‘Iddah talak tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yg tidak boleh dirujuk kembali.

Nafkah yg diberi kepada anak, mestilah bagi anak yg sah. Anak yg di luar nikah @ anak zina,tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak jg ialah anak yg bukan akil baligh. Tetapi bg anak yg sudah akil baligh, tidak wajib lg bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lg mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Nafkah usul, ialah nafkah keturunan. Umpamanya, anak memberi nafkah kepada ayahnya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Seorang ayah yg sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah berkewajipan bagi anak2nya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yg memberi belanja hidup kepada orang tuanya, bukan dibuat suka2 hati. Ia adalah satu tangggungjawab yg wajib.

Semoga suamiku menjadi seorang ketua keluarga yg berjaya dlm membentuk jati diri serta mampu membimbing isteri serta putera puteriku agar menjadi insan yg soleh solehah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

KESIMPULAN:-

S – Sunnatullah & Syaratullah

U – Uswah hasanah

A – Amanah

M – Matlamat

I – Istiqamah

Hari ni kita berkongsi rasa, dari pandangan saya, tentang apa ertinya seorang SUAMI. Saya huraikan ringkasan sahaja.

Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yg termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yg Allah jadikannya lain dari dirinya. Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki, pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yg perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir – tempat tinggal, makan minum .

Nafkah batin – merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya.

Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yg berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah, insyaallah, akan melahirkan keluarga yg penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah Hasanah

Seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak2 lebih mudah meniru apa yg dibuat berbanding mendengar apa yg diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bg keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga.

Amanah (Tanggungjawab)

Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yg dipikul bg seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yg sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yg ditanggung oleh seorang ayah.

Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yg terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat

Seorang suami @ ayah @ lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yg ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga @ ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yg sementara dan berpoya2 selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak2 dan isteri sebagai perhiasan dunia semata @ sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh2 sebelum perkahwinan dilangsungkan , @ selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah

Dalam menjalankan tanggungjawab sbg suami, sifat istiqamah @ berterusan dlm melakukan amalan sangat2 menjadi titik penting dlm menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami @ ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak2nya.

Didikan seorang ayah/suami yg dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dgn kemesraan. Semuanya perlulah dlm kadar yg berterusan. Didikan kepada anak2 dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah instiusi keluarga.

Sama2 kita mengambil pengajaran. Buat teman2 yg bakal melangsungkan perkahwinan @ yang sudah berumahtangga, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kita semua, dan semoga dikurniakan zuriat yg soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian.

[Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni….Sudah layakkah saya??…Anda pula bagaimana?..tepuk dada, tanya iman. Sama2 muhasabah diri.Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yg ketiga dan seterusnya]

No comments:

Post a Comment