Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak bulan yg penuh keberkatan ini kepada semua musliman dan muslimat semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelum2nya.
Puasa Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yg telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa spti sakit dan dlm perjalanan(musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yg uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yg lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yg kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yg bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa2nya yg telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dgn sepuluh yg seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yg dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yg membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yg puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yg berpuasa itu lebih harum drpd bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Ibadat puasa adalah ibadah yg dikerjakan dgn berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tntg hikmah puasa Ramadhan yg bermaksud:
"Wahai orang2 yg beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat2 yg terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
*Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yg tidak terhingga
*Mendidik nafsu ammarah (yg lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
*Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang2 yg susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
*Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain2 lagi
*Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
*Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yg lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Untuk dikongsi2kan bersama......
Traffic Jams and Marking Weekend
15 hours ago
No comments:
Post a Comment