[ekhhh ni dah melaut2 kelain dah nie...dah lari topik nampaknya....]
Sedar tak sedar, putera puteri mama pun dah makin membesar. Rasanya cam baru lagi mama lahirkan putera mama [zuriatku yg ke-2], sedar tak sedar umur putera mama dah nak masuk 8 bulan dah skrg nie...Doa mama semoga putera puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA. Tak terucap rasanya anugerah dan nikmat kurnian Allah S.W.T. yg tak ternilai ini, mama bersyukur sgt2 kehadrat Illahi [baru mama tahu peranan & tanggungjawab seorg IBU dlm mencorakkan anak2].
Inilah gambar putera puteri mama semasa baru2 dilahirkan....
Putera Puteri mama adalah AMANAH yg dikurniankan Allah S.W.T. yg tak ternilai... Doakanlah semoga mama berjaya menjadi seorang IBU yg baik [Di Dunia & Di Akhirat] dalam mencorakkan [Bak kata pepatah "Anak2 Ibarat Kain Putih, Ibubapalah yg Mencorakkannya...."] masa depan putera puteri permata hati mama...Insyaallah
Sesungguhnya kehadiran anak2 adalah penyeri dalam hidup berumahtangga. Mama panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kepada Allah S.W.T. kerana telah mengurniakan mama sepasang cahayamata [putera puteri] yg menjadi penawar dan pengubat duka dalam kehidupan mama. Alhamdulillah azam mama nak menyusukan putera mama secara ekslusif telah BERJAYA. Inilah hasil berkat kesabaran dan pengorbanan mama untuk permata hati mama yg tak ternilai....sesungguhnya kehadiran anak2 memberi sinar dalam kehidupan mama sekeluarga.
No comments:
Post a Comment