Islamic Clock

Thursday, August 27, 2009

Penyusuan Eksklusif Perlukan Usaha dan Kesabaran



Penyusuan SUSU IBU adalah sesuatu yg perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan SUSU IBU scra eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun @ lebih. Semasa ibu2 sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai ibu2 terlupa @ tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan SUSU IBU sebaliknya sibuk dgn persiapan2 fizikal spti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dll. Perkara2 tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yg terbaik untuk anak2 kita. Namun ada satu yg TERBAIK yg kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yg SUSU IBU adalah makanan terbaik untuk bayi??? Jadi berikan yg terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yg mampu menandingi kehebatan SUSU IBU, malah pengeluar2 susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yg “menyamai” khasiat SUSU IBU. Tetapi saya amat percaya yg original itulah yg terbaik [untuk anak2 mama] dan tiada tandingannya.


Penyusuan SUSU IBU mestilah dimulai 1 jam pertama kelahiran, beri bayi menyusu seberapa kerap yg bayi mahu @ setiap 1-2 jam sekali. Penyusuan kerap akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Maka tidak akan terjadi isu “tiada susu” @ “susu kurang”. Memberi bayi susu formula @ air masak akan mendedahkan bayi kepada ”pencemaran”. Sebab itu penyusuan eksklusif bermaksud SUSU IBU SAHAJA tanpa susu formula @ air masak sekali pun.


Kejayaan ibu2 yg BERJAYA menyusu bayi mereka scra eksklusif byk mendorong mama untuk mencuba menyusu scra eksklusif [kalau ibu2 lain boleh buat nape mama xboleh..betul x]. Dari situlah mama mula berazam untuk menyusukan anak2 scra eksklusif. Azam saja tanpa USAHA kita xkan berjaya. Hasil dari pembacaan artikel2 berkenaan penyusuan SUSU IBU, berkongsi pengalaman dgn ibu2 yg dah berjaya dll lagi banyak membantu mama dlm meneruskan usaha murni mama ini. Selain itu, majalah PA&MA jg byk membantu dlm usaha menambah pengetahuan tntg kekeluargaan, keibubapaan dsbnya. Mama merupakan pelanggan setia majalah PA&MA sejak dari awal perkahwinan lg [nak timba ilmu, xmembaca kita tak tahu..]...Nak menjadi seorang ibu yg baik @ sempurna tak semudah yg kita sangka, kita perlukan ilmu untuk membentuk dan mendidik anak2 kita nnti. Selain ilmu, kita jg perlukan kesabaran dan pengorbanan yg tinggi dalam menguruskan anak2. Jesteru itu, kita perlulah betul2 bersedia [persiapkan diri] dari segala aspek samaada dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani dsbnya.




Perlu kita tahu bahawa pengeluaran SUSU IBU akan berkurangan jika ibu rungsing, stress, tidak yakin, bimbang, malu, dlm kesakitan, merokok @ minum minuman keras. Uniknya SUSU IBU. Percayalah bahawa SUSU IBU itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana SUSU IBU…

*sentiasa segar (fresh)
*tersedia dalam suhu yang optimum
*tersedia steril
*tiada pencemaran
*tersedia bila-bila masa
*tiada tarikh luput
*species-specific
*susu yg paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
*mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
*mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
*mengandungi antibodi
*mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
*tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
*mudah hadam
*komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
*komposisinya berbeza mengikut umur bayi
*komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
*komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
*mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana2 susu lain di dunia! Subhanallah…

No comments:

Post a Comment