PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yg kukuh untuk satu hubungan yg kekal hingga ke hujung nyawa. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yg paling utama ialah
kejujuran. Dalam usaha memberi kefahaman itu kpda pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dlm melayari hubungan rumahtangga.
Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual jg mempengaruhi kebahagian hidup rumahtangga. "Setiap perhubungan mesti ada
kerjasama, baru hidup berkekalan". Malah sikap terbuka dlm hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan. Yg paling utama kita sbg pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal. Begitu jg dlm memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dlm memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua2 pihak. Jadi, dlm mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama2 bertanggungjawab memberi kepuasan. Seks merupakan salah satu kehendak manusia yg perlu bg tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dlm satu ikatan yg sah. "Namun jgn jadikan seks segala2nya dlm perkahwinan semata2 tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yg lain dlm meneruskan bahtera rumahtangga".
Bercerita tntg
tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yg cukup besar, tidak semata2 memberi nafkah batin, tetapi sbg ketua atau pemimpin dlm sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dlm sebuah rumahtangga ada kaitan dgn pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dlm sesebuah rumahtangga. Dalam melayari sebuah rumahtangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Lebih menarik, dlm meneruskan hubungan, sikap membelai2 antara satu sama lain perlu diamalkan dlm hubungan suami isteri. Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara. "Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumahtangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yg paling tepat". "Berterus teranglah dgn pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sbg kawan karib kita yg boleh berkongsi suka dan duka yg berlaku pd diri kita". "Apa jua krisis yg dihadapi, harungilah sbg satu unit dan bukan secara individu". Buatlah keputusan bersama2 dlm meneruskan bahtera perkahwinan.
Ketidakupayaan suami isteri ber
komunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperi buruk sangka di antara satu sama lain. "Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan". Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yg bermula dari dlm diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. Malah dgn cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yg boleh menghancurkan hati. "Komunikasi yg berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia. Hanya melalui perkongsian bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan". Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dgn pasangan mengenai kejadian yg berlaku pd diri anda hari ini. Pastinya ada komen dan jg pandangan antara satu sama lain, malah ia jg boleh menghangatkan lagi perhubungan suami isteri.
No comments:
Post a Comment